seumpama aku memahami

2009 November 11
by shahrulnizam

matanya sayu

bergenang separa air yang tidak mahu gugur

ditahan takung meneman bebola mata yang bundar dan sepi

rambutnya hitam pekat

kusut dek lebat

sepertinya langka disisir

raut wajahnya dihias taburan dedebu hitam yang jelek lagi mengotorkan.

sementara celana dan sehelai kain yang membalut tubuh kering itu selusuh usia pemakainya

sesekali dia menjelin-jeling pinta ihsan dalam ketakutan

entah mengapa, seumpama aku memahami derita yang dibawa lelaki ini

walau aku tidak pernah mengenali

begitu beratnya siksa hati yang tertanggung

airmata aku jua hampir mencurah

aku cuba berkongsi

lebih dalam

bila lontar racaunya memecah hening zuhur

Tuhan,

Apapun yang dialami oleh insan itu

berikan dia bahgia

ringankan beban derita

kerna sekiranya aku yang melihat juga tidak tertahan

apatah lagi tuan punya badan?

saksi

2009 November 3
by shahrulnizam

Menjadi saksi kepada pergaduhan sepasang suami isteri bukan perkara baru bagi aku adn aku yakin kalian juga begitu. Percakaran yang berlaku antara pasangan kata orang akan mengeratkan lagi hubungan mereka. Pun begitu, aku kaget sekali bila dianugerahi peluang dari Ilahi untuk menjadi saksi drama sebabak penuh emosi yang berlangsung dihadapan mata aku sendiri.

Unsur dramatik yang paling mengesankan kerana insiden hangat itu berlaku ditengah-tengah jalan raya (Jalan Wong Ah Fook) Johor Bahru dalam cakupan waktu orang keluar untuk makan tengahari.

Aku yang baru saja selesai memberi salam bagi menyudahkan solat Zuhur di surau berdekatan tiba-tiba mendengar jeritan nyaring lagi membingitkan seorang perempuan.

Aku dan beberapa jemaah lain bergegas keluar dari surau dan ketika itulah mata-mata kami semua tertumpu kepada sebuah kereta proton waja berwarna perak berhenti di tengah-tengah jalan dan kelihatan sepasang suami isteri sedang bergelut sambil diperhatikan dengan penuh cemas oleh anaknya (dalam lingkungan 8 tahun) yang sempurna berpakaian seragam sekolah rendah.

Keadaan bertambah huru-hara bila wanita terbabit keluar dari perut kereta dan berbaring sambil menghempas-hempaskan badannya di atas jalan raya. Sang suami pula tidak mahu kalah dan terus keluar dan menarik semula si isteri ke dalam kereta tapi tidak berjaya.

Adegan penuh aksi itu pastinya menarik perhatian sekalian manusia yang lalu lalang di kawasan sekitar. Berlangsung sehingga kurang lebih 20 minit dan disuraikan oleh 3 anggota polis.

Drama itu belum berakhir tapi aku sudah mahu memulakan kerja. Aku tinggalkan tapak kejadian dengan harapan semoga mereka berbaik semula walaupun kedengaran si isteri seolah memberontak tidak mahu pulang kerana bimbang dipukul sang suami dan beria mahu dilepaskan.

Pointnya?

read more…

an emptiness

2009 October 26
by shahrulnizam

Problem 1:

Why we need to justify every single decision in our life that absolutely and solely related to ourselves to others? That is what I am thinking now. At this particular moment of time.

As I love and sometimes have to please people around me, it makes me feel guilty even in making my own decision, I mean for myself. Is that necessary to list out thousands of reason to people so that they can understand me or/and why I have to take this action and why I have to make that decision.

(ie. kenapa saya gigih menulis dalam bahasa Inggeris sedang saya terhad perbendaharaan kata, punya kesalahan tatabahasa dan tunggang langgang pula ayatnya?)

 

read more…

segelas nescafe tarik dan sekeping roti canai kosong

2009 October 21
by shahrulnizam

Panjang benar tajuk entri, tapi things that I am about to share ni sikit jer.Hehe.

Now, start.

Having chance to travel around (Johor) is a good chance for me to observe the wide and diverse whim of people. Pagi semalam, aku ke Tongkang Pechah, Batu Pahat. Sementelah aku sampai awal untuk ketemu customer jadi aku pusing-pusing lah di kawasan sekitar mencari-cari sesuatu untuk diisi ke dalam perut yang amat lapar.

Puas juga berjalan-jalan. Banyak kedai makan tapi owned by non-Muslim. So, aku give up and on the way nak patah balik ke tempat customer tadi aku ternampak satu warung kecil di tepi jalan. Yang ini Muslim.Meriah dengan borak kedai kopi yang rencam.

Tanpa berfikir dua kali, langkah kaki aku ayun semahunya menghala ke warung yang sudah sedikit usang itu. Huu. Dan duduk. Dan menunggu orang datang dan bertanyakan makan dan minum. Kurang lebih 2 minit berlalu. Datang seorang mak cik yang aku anggarkan berumur awal 40-an. Tanpa garis senyum dan sapa tanya. Tapi yang dihadiahkan hanya jelingan seolah aku faham apa makna disebaliknya.

read more…

Aku Masih Dapat Duit Raya!!

2009 October 13
tags:
by shahrulnizam

Sometimes I get confused with the rule of duit raya. Yelah about sape yang patut bagi or sape yang patut terima? There are too many versions of rule yang aku dah dengar. Yet, tataw mana satu yang betul.

Bab membagi tuh memang rule nya agak clear. Like orang yang dah bekerja dan bergaji kena lah hulur duit raya. Tapi bab menerima ni memang tak clear.

Kalau ikut orang Cina selagi tak kahwin selagi tulah dapat ang pow. Seronok betul! kalau macam tu sampai sudah lah aku tak nak kahwin sebab nak dapat ang pow. Ataupun kahwin senyap-senyap. Haha.

Ada jugak orang kata, kalau masih belajar selagi tuh dapat duit raya. Kalau yang dah tua bangka amik PhD pun kira boleh jugak lah ek. Hehe.

Tak kisahlah tuh, ni aku nak story sikit. Last saturday me and Fadia went to Sara’s open house kat Skudai. Borak punya borak, suddenly her abah keluar and bawak banyak sampul and give one to us each. Haha. Lawak betul.

Bukan nak menyombong, bukan sebab gaji banyak, tapi tulah, disebabkan rules yang dicipta oleh orang-orang kita sampaikan merah-merah muka aku nak amik ang pow tuh.

Orang kata rezeki jangan ditolak. So aku and Fadia amik jelah. Rezeki.

Moral:

Do give duit raya to everyone, if you have duit lebih. Kalau tak, tak bagi pun takpe, jangan sampai bergolok gadai pulak semata-mata nak bagi duit raya.hehe.

Ada orang nak bagi aku duit raya???

PAPADOM- Filem Wajib Tonton!

2009 October 12
by shahrulnizam

Filem yang dihasilkan oleh Afdlin memang tidak pernah mengecewakan. Serius! Malah filem terbarunya kali ini yang telah memenangi anugerah di Festival Filem Malaysia (FFM) termasuk Filem Terbaik dan juga pelakon lelaki dan wanita terbaik, adalah sebuah karya yang layak diangkat sebagai filem terbaiknya setakat ini.

Apa yang best tentang filem ini??

  1. Kelakar habis. Memang lawak-lawak yang disampaikan dalam filem ini menjadi,100% kelakar.
  2. Sedih. Sungguhpun hampir 70% daripada filem ini berunsur humor, tapi tidak dapat dinafikan nilai kasih sayang dan emosional yang dimainkan bisa menggugurkan airmata sesiapa sahaja yang menontonnya.
  3. Sindiran. Haha. Memang banyak unsur-unsur sindiran, antararanya tentang penggiat seni yang syok sendiri. Buat filem yang orang tak faham tapi masih berbangga dan menggelar diri sebagai pejuang seni. Sindiran yang amat tepat.
  4. Pelakon-pelakon yang mantap. Watak Saadom yang dilakonkan oleh Afdlin, Miasara oleh Liyana Jasmay, Munirah oleh Norkhiriah dan Mat/Wajib Tayang oleh Que Haidar merupakan satu persembahan lakonan yang sempurna. Kalau watak-watak ini dimainkan oleh pelakon lain, saya rasa filem ini takkan menjadi. Syabas buat barisan pelakon yang hebat. Korang memang super kelakar especially Munirah (yang selalu muncul sebagi roh) and Wajib Tayang (part assignment entitled ‘Eksistensi Sial’ memang lawak). Watak staf universiti lakonan Harun Salim Bachik juga tidak mengecewakan walaupun kehadirannya sekejap saja. Namun, lakonan Scha (Shasha) dan Farid Kamil(Hisham Hashim) nyata tidak mengesankan. Prof Balqish yang dimainkan oleh Vanida Imran pula terlalu biasa.
  5. Elemen perpaduan. Sempat juga Afdlin mengangkat nilai muhibbah dalam ceritanya kali ini dengan menampilkan watak-watak non-Malay seperti Alan (Pete Teo) dan Ali (Adam Malik) yang menjadi sahabat karibnya.Tapi, kalau diatur dengan lebih berkias lebih menarik kerana adakalanya nampak terlalu objektif. Walaubagaimanapun, penggunaan PAPADOM sebagai tajuk filem (dan juga makanan kegemaran Mia) dan perusahaan nasi kandar yang dijalankan oleh orang Melayu merupakan elemen unik dan subtle yang berjaya disampaikan. Tidak ketinggalan, watak Yvonne (gadis cina, lakonan Chelsea Ng) yang menjadi sahabat baik Mia menambahkan rencah 1Malaysia dalam filem ini.
  6. Hiburan. Kalau sebelum ini dalam filem Baik Punya Cilok Afdlin menggunakan wayang kulit sebagai elemen naratif tapi kali ini Afdlin menggunakan Boria pula. Walaupun kemunculan Boria tidak sekerap seperti wyang kulit dalam Baik Punya Cilok tapi tetap menghiburkan.

Cuma ada beberapa yang kurang sedap (minor mistakes) pada pandangan saya dalam filem ini;

read more…

I Have Nothing

2009 October 6
tags:
by shahrulnizam

It is not that I am not thankful. I am.

Tapi entahlah. Selalu rasa kecil dan diperkecil.

Selalu rasa tidak penting dan dipinggirkan.

Selalu rasa gagal dan dipandang gagal.

Why?

Herm.

I am not as good as they are.

I am not good. Indeed.

AKU MERASA GEGAAAAAAR GEMPA!

2009 October 1
tags:
by shahrulnizam

I was in the office and was doing my work when the dreadful earthquake on 6.9 richter scale (in Sumatera) shook the Tropical Inn building (and some other buildings in JB) this morning. My desk was rocking for about half minute. I was totally scared and was thinking of running off but seemed like it was only me and one of my colleague who noticed the tremors.

Most of the workers in other offices left the building but us. Heh. Tak sayang nyawa betul!

 Yesterday, it was even worse. But luckily I was not in the office.

Some of the offices decided to close as they afraid the probability of the building to be shaken again in the noon.

Let us pray to Allah, ask Him to save us from any unwanted tragedy. And those who have been suffering of earthquakes, Ketsana storms and tsunamis, may they face these trials strongly. Amin.

selamat hari raya.

2009 September 18
by shahrulnizam

hari ini sudah 28 ramadan 1430. kurang lebih 2 hari lagi kita akan menyambut aidilfitri. hari kebesaran bagi umat Islam setelah menunaikan ibadah puasa selama sepurnama.

Hari Raya

di kesempatan ini, i would like to wish SELAMAT HARI RAYA to all readers, acquaintances, friends, relatives and Muslims. May this coming raya be a great and splendid raya for all of us.

i want to say SORRY for any mistakes, words or misbehaviour of me that might hurt you all.

doakan aku sentiasa dalam rahmat Ilahi.

salam aidilfitri.

bloody snatchers

2009 September 17
tags:
by shahrulnizam

dunno how to express. never expect this kind of thing can happen. tapi tulah, kalau nak jadi jadi jugak.

early in the morning, just reached office and suddenly my sister called and told that my mum has been snatched.

terkejut jugak. erm. very fortunate as she’s okay. calar-calar sikit.

these snatchers are damn daring.they can accomplish that snatchy thing within minutes and in front of my neighbor.

Dah lah bulan pose.Siang-siang buta pulak tuh!

Herm. Akan ada balasan yang setimpal dari Allah. Aku tahu.

Tunggu jelah BLOODY SNATCHERS!