PATI dan PADI

by shahrulnizam

aku yakini ramai dalam kalangan kita yang mengetahui apa maksud bagi akronim PATI dan PADI..Namun andai ada yang terkial-kial mencari tafsiran sendiri,biar aku permudahkan..PATI: Pendatang asing tanpa izin dan PADI: Pendatang asing dengan izin. takrifan bagi PATI itu tepat dan diketahui khalayak. PADI itu mungkin  sekadar rekaan aku semata bagi mudah aku berlari pantas di atas keyboard ini.

ada banyak sekali pendatang asing yang tinggal di Malaysia yang mungkin dengan izin atau mungkin tanpa izin. mengikut perangkaan lebih 2 juta penduduk yang tinggal di Malaysia dan kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh kasar atau pembantu rumah. Jumlah pendatang asing ini dikatakan meningkat selari dengan pembangunan negara kita. Itu fakta! fakta tentang betapa pentingnya mereka dalam menggerak pembangunan kita!

KLCC. KL Tower..merekalah yang berhujan berpanas malah berembun menggadai nyawa bermandi peluh..membina mercu tanda kita..kita?menanti dan menghitung hari bila saatnya kita boleh mendabik dada..

kita kata kita sayang anak-anak kita..tapi kita pergi pagi buta balik malam membuta! mereka jugalah yang menjadi penghangat bagi anak-anak kita yang kesejukan. menjadi pemujuk setia kala anak kita menangis tanpa air mata..menjadi penglipurlara kala anak kita sunyi tanpa sesiapa! malah menyabung nyawa mendakap anak kita dari tetakan parang sang perompak durjana!

malang..kita rasa kita terlalu berkuasa..kita rasa kita ada segalanya..kita fikir kita maha maju berbanding bangsa nusantara yang lain..kita berasa megah dengan kekayaan yang bersifat dunia! akhirnya apa yang kita balas atas segala jasa orang asing yang menabur bakti jasa dan bakti kepada kita dan tanahair??

anda pasti ingat pada seorang insan bernama Nirmala Bonat (bukan aku ya!) seorang gadis yang hanya berusia 19 tahun. merantau jauh ke sini mencari sesuap nasi. sedang anak-anak gadis kita seusianya enak bernyanyi dan menari di pentas fantasi! apakah tindakan majikannya yang mendera memukul dan melecurkan badannya adalah tanda terima kasih yang tak terhingga!

belum pun sempat kita lupa..bulan ini kita dikejutkan pula dengan seorang amah yang didera hingga mati oleh majikannya..mati selepas hanya 6 bulan bekerja!! apakah ini tafsiran penghargaan dan apresiasi kita..yang mungkin aku sendiri tidak mengerti..

ya.aku faham.pastinya kalian akan gusar.bila terlalu ramai yang datang berhijrah dan membina rumah di tanah tumpah darah kita yang bermaruah.bimbang nanti akan ada lebih ramai anak-anak Malaysia yang menganggur.Bimbang nanti ramai lagi anak-anak gadis menjadi mangsa rogol atau paling tidak dibawa jauh lari mengikut kelurga suami. Bimbang nanti akan lebih banyak rumah yang kena pecah.

kalian risau.aku pun risau.

tapi kita juga perlu risau kerana sumbangan rakyat kita terhadap peningkatan jenayah jua ketara..adakah kita juga perlu dilayan serupa??

 aku tidak faham,.bagi mereka yang benar-benar ikhlas datang dan bekerja mengikut saluran yang betul..mengapa dilayan seperti binatang?pernah kalian meletakakkan diri kalian di tempat mereka..sana-sini piket dan mogok..korupsi yang tidak pernah basi..gunung berapi dan gempa bumi..ditambah lagi dengan Tsunami..apakah kita tidak punya perasaan belas dan ihsan..dan aku semakin pelik kenapa kita boleh dipanggil sebagai rakyat yang prihatin??

beri mereka tumpangan..hari ini hari kita mungkin bahagia.apalah salahnya kalau dikongsi sesama manusia..kan bahagia itu sifatnya sementara..esok lusa siapa tahu negara kita pula seperti negara mereka?

aku bukan menjadi pejuang sesiapa..PADI, PATI atau rakyat Malaysia sendiri. aku hanya mewakili suara-suara mereka yang ingin dikasihani dan diberi sedikit ruang untuk bernafas..mahu dilayan seperti manusia seadanya.

Bumi ini milik Tuhan yang Esa.

kalau orang berbudi biar kita berbahasa!