S.N.A

-ekspresi tanpa limitasi-

LAGI ISU KECUAIAN HOSPITAL

Mungkin kita sudah jelak disua dengan isu kecuaian hospital-hospital kerajaan di Malaysia ini. Saban tahun atau bulan ada sahaja isu kelemahan pengurusan hospital didedahkan. Kadang-kadang aku bimbang (dalam nada lecturer zarul) dengan perkhidamatan yang disediakan.

Hospital yang sepatutnya menjadi rumah bagi mereka yang dahagakan rawatan akhirnya menjadi pemula segala episod derita yang tak pernah diimpikan. Kadang-kadang takut merujuk hospital kala dihambat kesakitan. Risau pula penyakit lain yang datang.

Antara isu yang pernah hangat:

Hospital Raub

- pada tahun 2000, seorang surirumah yang merupakan isteri peneroka telahpun meninggal dunia akibat diserang Virus HIV. Mengikut laporan, mangsa dihinggap penyakit AIDS kerana kecuaian pihak hopsital semasa melakukan proses pemindahan darah. Lebih malang lagi, anak yang baru sahaja dilahirkan oleh mangsa juga meghidap HIV atas kecuaian yang sama. Sungguhpun keluarga sudah mendapat gantirugi, tapi adakah virus HIV yang membiak di dalam badan anak kecil itu boleh dinyahkan??

Hospital Jitra

-lagi seorang surirumah juga terkena jangkitan HIV pada tahun yang sama (2000) atas kecuaian pihak hospital yang telah memindahkan sepaket darah yang mengandungi HIV kepada mangsa. Setelah menyedari kesilapan tersebut pihak hospital hanya meminta maaf terhadap mangsa dan keluarganya. Nasib mangsa??

455155555_932c7c03db.jpg

Dan baru sahaja semalam (31 ogos 2007), saat kita enak dan asyik menyambut pesta kemerdekaan: 

Hospital Tengku Ampuan Rahimah

-seorang kanak-kanak (Lai Yoke Shan) yang dilahirkan pramatang (tidak cukup bulan) terpaksa dipotong tangan kirinya kerana sel tangan yang telah mati. Ini juga disebabkan oleh kecuaian pihak hospital yang menyerahkan tanggungjawab merawat kanak-kanak itu kepada doktor pelatih.

Lebih dramatik, doktor pakar hospital terbabit hanya memberikan arahan melalui telefon semasa rawatan ke atas bayi tersebut dijalankan.

Begitulah beberapa isu yang sempat aku kongsikan. Kalau hendak disenaraikan memang ada banyak lagi. Tapi aku cuma kalian semua tahu bahawa perkhidmatan rawatan hospital-hospital kerajaan masih di tahap yang menyedihkan.

Apalah agak-agaknya yang dipelajari oleh doktor-doktor kita ini selama lebih 5 tahun sehingga darah yang terkandung HIV pun boleh dipindahkan kepada pesakit. Sehingga tangan bayi yang baru berusia 2 minggu pun boleh dicucuk-cucuk sesuka hati.

Aku tidak kisah kalau orang mahu mengata yang fasiliti kita kelas ketiga. Umpama negara yang baru lepas perang. biarlah. tapi yang penting tahap profesionalism dan mutu perkhidmatan biar kelas pertama. sebab sekali kita melakukan kesilapan nyawa yang menjadi taruhan!

Sudah 50 tahun merdeka, sikap dan mentaliti kita perlu matang sama!

Filed under: umum

One Response

  1. bumimalaya says:

    kadangkala falsafah “Manusia itu tidak boleh dari melakukan kesilapan” tidak boleh digunapakai. heh.

Leave a Reply

SNA on Twitter

ARKIB EKSPRESI!

KALENDAR EKSPRESI!

September 2007
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930