ORANG MELAYU PALING BANYAK MAKAN KFC

by shahrulnizam

419930921_3213ba50d4.jpg

Ini sekadar sisipan ringkas. Sementara aku mencari ide untuk menulis.

Tadi semasa dalam kuliah. Sambil aku menanti kehadiran pensyarah.Aku sempat membelek-belek akhbar The Sun milik Kak As. Ya, Kak As yang selalu yang selalu mengingatkan aku tentang falsafah hidupnya-”kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah!”-wee

Rancak tangan aku menyelak tiap helaian, tiba-tiba mata aku terpaku pada satu artikel yang bertajuk “KFC popular among Malays“.

Yang dilaporkan ialah keuntungan KFC Holdings yang berjaya mencatat keuntungan sehingga RM 1.2 billion setahun. Dan KFCH bercadang untuk membuka lebih banyak cawangan memandangkan sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Malaysia yang 80% daripadanya adalah orang Melayu.

Aku bukan nak cerita fasal keuntungan KFCH ni. Tak mengejutkan pun kerana lokasi bagi KFC ini memang mudah dicapai oleh semua termasuk mereka yang tinggal jauh daripada bandar-bandar besar.

Cuma aku baru sedar, yang budaya masyarakat Malaysia kini dah berubah.

Iyalah, kalau di negara-negara Eropah kita takkan pelik kalau mendengar menu harian mereka. Tak kira sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam-menunya pasti hamburger dan french fries.

Tak sangka pula, orang-orang Melayu secara khasnya dan Malaysia amnya juga mengamalkan budaya yang sama. Bezanya mereka tidak makan hamburger lah. Malah, semasa sambutan kemerdekaan tempoh hari sahaja KFCH boleh mengaut keuntungan sebanyak RM5 juta!

Mungkin kesibukan orang Melayu sekarang ini yang mahu mengejar kemajuan dan merapatkan kesenjangan ekonomi dengan bangsa lain menyebabkan mereka ini berkunjung ke KFC.

Atau mungkin konsep moden yang ingin diamalkan oleh orang Melayu ialah dengan cara makan sebanyak mungkin makanan segera. Segalanya mungkin.

Namun yang jelas dan ketaranya ialah perubahan budaya dan selera makan orang Melayu ini sedikit sebanyak akan meninggalkan kesan kepada makanan tradisional orang Melayu seperti sambal belacan, budu, cencalok dan ulam- ulaman seperti petai, ulam raja. pegaga dan jering.

Pastilah makanan ini semakin dipinggirkan kerana kehadiran ribuan restoran makanan segera yang membanjiri segenap sekitar tempat di Malaysia.

sambal_tomat1.jpg

Begitulah cepatnya nafsu makan orang kita ini berubah. Mungkin sudah penat menggiling cili dan menumbuk belacan didapur mereka lebih suka memesan di kaunter dan makan dalam restoran berhawa dingin.

Apapun alasannya, aku mengharapkan semoga makanan kita tak kan luput ditelan kemajuan dan hanyut dibawa arus kemodenan.

Sebab aku tidak boleh hidup tanpa ulam dan belacanĀ  ! c: