PERNAH KENA RABA??PERNAH KENA PAU???

Dah jawab soklan aku tue. Apa rasa kalau korang kena raba dan pau?

Aku tak tahu lah ejaan yang betul pau tu macam mana. Tapi maksud pau tu ialah perbuatan memeras ugut orang untuk mendapatkan habuan sama ada duit atau pun barang-barang berharga.

argh! Tak penting pun ejaan tu. Yang penting korang faham.

Aku makin lemas didakap isu-isu macam nie. Sana-sini kat Malaysia ni aku dengar orang kena raba dan kena pau.

Dari surat khabar, tv, radio, sampailah ke kawan-kawan aku sendiri. Macam-macam versi dah aku dengar.

Nasib baik setakat ni aku tak pernah kena lagi dan harapnya tak akan kena sampai bila-bila.

Oklah kita cerita satu-satu dulu. Sesiapa yang ada pengalaman tu tentu faham amat apa yang nak cakap nie.

Kita cerita pasal orang kena raba dulu.

Kengkawan aku (pompuan) ni selalu kena usha oleh mamat-mamat warga asing yang mendiami kawasan kediaman yang sama dengan dia orang.

Ada yang berani menyentuh bahagian-bahagian tertentu kengkawan aku ni terutama sekali dalam lif.

Walaupun lif dilengakpi dengan CCTV, tapi tak ade apa tindakan pun dari pihak pengurusan. Apa sebabnya aku pun tak tahu.

Last2 kawan2 aku tu pindah rumah. Ke tempat yang lebih selamat. Bagus!

Tu belum lagi kalau kat kawasan yang memang sesak denga orang, macam bandar Kelang, MYDIN KL, dan Kota Raya atau kat mana-mana pasar. Lagilah pantas tangan-tangan dia orang ni menjalar.

Yang ini bukan yang asing jer, yang tak asing pun dua kali lima. Sama-sama gatal!

Aku emosi lah bro walaupun bukan aku yang kena. Ye lah yang kena pun anak-anak dara kita(baca; melayu or Malaysia) jugak. Mana tak bengang! dia orang sesuka hati je nak pegang.

Aku tak kisah kalau dia orang nak datang cari rezeki tapi kalau sampai nak cik rab ( baca; raba) ini memang melampau.

Kat kampung aku, ada seorang budak India umur 10 tahun pun kena liwat dengan sorang mamat Bangla. Percaya tak? teruk juga mamat Bangla tu kena belasah. Haha.

Ni pulak kisah orang kena pau. Kalau tadi masalah raba selalu jadi kat budak pompuan, pau pulak selalu yang jadi mangsanya ialah budak-budak lelaki.

Kalau kat KL tu, tempat yang biasanya ‘panas’ ialah Petaling Street(PS) dan PUDU. Dulu ada sorang kawan aku diacukan pisau oleh Pak Cik teksi. Nasib baik sempat lari. Kalau tak?

Satu kes lagi pulak, kawan aku jugak yang kena pau kat PS. yang ini lagi dramatik. Sampai dipaksa keluarkan duit dari ATM. Kurang ajar! Habis lah jugak 3-4 ratus.

Herm, aku tak tau apa rasanya kalau berada dalam situasi orang yang kena raba (haha, mungkinkah aku?) atau kena pau ni. Ada kawan aku yang trauma seminggu.

Persoalannya, sekarang ni apa agaknya langkah yang kita dah buat untuk hentikan gejala ni?

Aku tengok makin hari makin menjadi.Bertambah teruk.

Yang ada, hanya kelibat atau bayang-bayang abang-abang beruniform lengkap yang meronda. Tapi jadi jugak.

Masyarakat pula? Kalau nampak pun mungkin takut nak masuk campur.  Atau buat-buat tak nampak. Atau memang tak pernah kisah.

Aku yakin memang tidak ada sesiapa pun yang suka diraba dan dipau! Tapi kenapa tidak ramai pula yang mahu membantu menyelesaikan isu ni?

Mungkin bila kena atas batang hidung sendiri. Baru kita berani untuk bertindak kan??

Kita boleh atasi masalah ini.

Kalau kita mahu mengatasinya.

6 Comments

  1. pau?adat la tu…bila manusia punye survival skill cara baik xder..dorg terpaksa wat cara x baik…wallahualam..eh ko nyer blog cun la…tanak share ker caner nak bg cun huhuhu

    SNA: aku pown blaja ngan sifu bonzai..haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s