DEBAT PARLIMEN DISIAR SECARA LANGSUNG

by shahrulnizam

Ya.

Debat diantara para perwakilan di Dewan Rakyat akan disiarkan secara langusng kepada semua tanpa sebarang tapisan bermula April ini.

Itu  kata Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Pasti menarik. Pasti lebih hangat daripada biasa.

Sebab biasanya, kita tak tahu sangat apa yang berlaku kat dalam tu. Apa yang mereka perjuangkan dan apa yang mereka pertahankan.

Kali ini, tanpa tapisan. Segalanya lutsinar.

Walaupun menurut Menteri Penerangan, ahli Parlimen tidak akan berkelakuan tidak senonoh atau biadap, tapi aku yakin akan ada ‘aksi-aksi menarik’ unuk ditonton.

Apatah lagi, dalam keadaan sekarang ini, banyak suara-suara  pembangkang yang akan berkumandang berbanding sebelum ini.

Cuma, aku harap jangan jadi gaduh-gaduh pula. Gaduh sampai luka-luka. Atau angkat meja dan kerusi sebagai senjata.

Jangan! Nanti malu. Semua orang boleh tengok. Boleh menilai dan membaca pergerakan kalian semua.

Kita sama-sama tunggu dan lihat!