APA MAKNA KEJUJURAN?

2008 October 15
by shahrulnizam

Semalam, dalam perjalanan ke kelas bersama En Zuhaini aku tersentak mendengar pengakuan seorang budak perempuan (dalam radio) berusia 15 tahun yang meminta maaf pada kawannya kerana meniru sewaktu mengambil kertas peperiksaan PMR.

Bukan satu dua soalan tapi semua.ya..SEMUA!

Mungkin pada kalian yang membaca tak terkejut atau tak merasa apa-apa pun pasal pengakuan budak perempuan ni, tapi aku memang amat tersentap sebab budaya meniru (atau tidak jujur ini) menjadi suatu amalan hatta di peringkat sekolah lagi.

Kenapa aku cakap macam tu?sebab ianya berkaitan dengan situasi yang berlaku sewaktu aku mengambil Final test bagi subjek Philosophy of Science semalam. Sungguhpun semuanya terdiri daripada budak-budak final semester yang akan bergraduasi tidak lama lagi..

Tapi, hampir semuanya meniru! Aku bukan mahu tunjuk baik..Cuma aku mahu semua orang jujur dalam melakukan apa-apa perkara.

Mungkin kita semua seronok bila nanti dapat markah tinggi, atau paling tinggi. Kemudian grad dengan 1st class.Lepas tu semua orang memuji-muji.. Mungkin atau memang itu yang kita impikan.

Tapi matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Kita ibarat menipu diri sendiri, dan lebih teruk mak ayah kita. Kejayaan kita ini hanya palsu.

Kerana kita bukan menguji tahap pengetahuan kita, tapi sejauh mana kita boleh menyalin dengan pantas segala yang terdapat dalam nota atau setajam mana kita boleh menjeling rakan-rakan di sekeliling atau seperlahan mana kiat berbincang supaya tidak didengari pensyarah.

Tanpa rasa bersalah.

Lebih ironi, kalau ada sesiapa yang ditangkap meniru (dalam exam atau pun test) maka berkompanglah satu fakulti mengata itu dan ini. Peliknya mereka juga meniru.

Kenapa??

Mungkin kita akan sentiasa ada sebab. Tapi percayalah, bahawa kehidupan kita bukan untuk hari ini sahaja. Jangan salahkan sesiapa kerana perbuatan kita hari ini pasti ada balasannaya nanti.

4 Responses leave one →
  1. 2008 October 18

    sebab itu aku tidak akan kisah akan orang yang berbangga dengan keputusan yang tinggi melangit dengan hasil peniruan.

    SNA: Betul dan patut.

  2. 2008 October 21
    sanggardebat permalink

    Jujur membuat pengakuan tidak jujur..??

    SNA: Kalau pengakuan tentang ketidakjujuran, kekal tidak jujur.wee

  3. 2008 October 26

    mmg berani dak kecik tu…haha..


    SNA: Berani kerana salah?hee

  4. 2008 October 29
    cgu agamer permalink

    aku nak carik gambar bunger..esok nak ajar bunger kat tadika..aleh2 gambar bunger ngan mat saleh celup tu yg kuar…so,pe lagi…
    pastu,terbacer plak pasal kejujuran watever ni…
    aku mmg pantang tgk owg wat salah sure aku tgo…
    so its so happen that today aku jager exam djh 6.. exam ni akan menentukan kedudukan dlm djh nanti coz gb nak bg hadiah kat mjlis angrh cmrlg…kre mcm emmy award lar…so, aku ternampak budak2 djh 6 siap makan n bincang lagi dgn member dorang…hangin la aku.. so, nak dipendekkan cter,aku tangkap ustaz ni skali gi bgtau jwpn kt bdk2 nie..pe lagi..tgo n repot kt gb..huhu…nak dipendekkn cte…isnin dorang kna pecat…
    so meaning kat sini…budak2 mmg lumrahnya ske meniru…cumer kiter sbg dewasa yg kena ajar n didik dorang r spy dorang ni tak wat lagi… ajar la baek buruk sesuatu tu…so, kte yang dah besar ni jangan takot nak tgo n btolkan kslhn org len.. jadikan sbg budaya…coz,aku tgk skrg ni org cne je brani tego dan menego..kte org melayu ni,xboleyh kna tgo sbbnye sensitif…and bg org melayu org yg menego tu tak sopan..watever it is,ubah la jd yang tebaik…jangan jd msyrkt jahiliah yg mengiakan benda2 yang tidak…huhuhu…
    aku tdo dlu

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS