PERDANA MENTERI KE-6 MALAYSIA
by shahrulnizam
Sudah terlewat 2 hari sebenarnya. Tapi bagi menghargai kehadiran orang baru yang menerajui kepimpinan tertinggi negara, aku tulis lah juga entry ini.
Setelah lebih kurang 5 tahun (satu penggal) Pak Lah Tun Abdullah memerintah negara selepas mendapat ‘kepercayaan’ Tun Mahathir dan perkenan Sultan, kini gelaran Perdana Menteri milk Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.
Mungkin ada benarnya yang turutan PM Malaysia mengikut nama RAHMAN.
PM 1- Tunku Abdul Rahman
PM 2- Tunku Abdul Razak
PM 3- Tun Hussein Onn
PM 4- Tun Mahathir Muhammad
PM 5- Tun Abdullah Ahmad Badawi
PM 6 – Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
Aku ingatkan PM ke 6 kita Nik Aziz. Siapa pula PM ke 7 nanti ek??
Apa-pun aku ucapkan tahniah buat Pak Najib kita dan juga isterinya Datin Seri Rosmah Mansor (our 1st Lady ).
Harapan aku dan mungkin juga semua rakyat Malaysia agar kepimpinan baru akan dapat membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju dan aman.
Tinggal 11 tahun lagi untuk kita mencapai wawasan 2020. Konsep SATU MALAYSIA moga memberi kesan dalam pentadbiran kerajaan.
SATU MALAYSIA punya banyak tafsiran. Tetapi aku harap itu bukan roh Malaysian Malaysia gagasan Lee Kuan Yew dulu.
Kita tunggu dan lihat sejauh mana kepimpinanan baru ini akan mencorak negara selain pembebasan 13 tahanan ISA.
Tahniah sekali lagi!

“Aku ingatkan PM ke 6 kita Nik Aziz. Siapa pula PM ke 7 nanti ek?”
gituh katanya! hihihi no 7 ko la pulak.
SNA: Insya Alllah.Hee c;