*rEMINISCENCes*

2009 May 15
by shahrulnizam

Tiba-tiba.

Nostalgia dan memori mengendera rasa hati. Terasa seperti mahu kembali mengisi waktu seperti dulu.

Kerinduan kali ini benar-benar memeluk kemas tiap nafas yang terhela. Aku rindu. Terlalu. Masa-masa silam yang semakin giat tenggelam.

Tapi itulah kehidupan. Meneruskan demi masa depan. Meninggalkan pahit manis kenangan.

Aku rindu zaman kita dulu, setiap masa merekat tanpa renggang mengharung gelap terang.

Aku rindu kalian. Aku rindu tiap perbuatan yang kita sama lakukan. Aku rindu pada saat -saat indah yang kita kongsikan.

Bukan melupa, bukan. Cuma waktunya kita berbeda. Kamu dan aku bukan lagi boleh bersuka pada perkara yang sama sekerap dulu.

Namun, dalam hati ini, biliknya tidak pernah cuba dibiar huni oleh apa-apa atau sesiapa. Masih kuat di nubari, kalian dan dunia yang semakin jauh aku tinggalkan.

4 Responses leave one →
  1. 2009 May 19
    sanggardebat permalink

    Dunia itu tidak pernah ditinggalkan…. :)

    SNA: Herm. Betul-betul. Tidak pernah ditinggalkan. Tidak akan.

  2. 2009 May 24
    z u l y a permalink

    lame x singgah cni..
    jmpe convo nnti ye.. ;)

    SNA: OK2.

  3. 2009 May 25
    angelizwan85 permalink

    Hu..hu…hu..hu…..huwa!!…huwa!!….huwa!!..huwa!!!
    Sedeynye
    Kami semua rindukn kamu jgk….hingga tdk dpt digambarkn dgn kata2. Setiap hari, setiap saat, km masih merasakn kamu ada disisi. Setiap kali ade yg dtg bertandang….kami berharap org yg muncul itu adalah kamu. Begitulah kita…..air yg dicincang xkan putus. Miss you very2 much.

    p/s: Bile mahu pulang menjengok adek2?

    SNA: Ada masa Insya Allah..

  4. 2009 May 28
    syuki permalink

    huhu

    SNA: Huhu?

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS