segelas nescafe tarik dan sekeping roti canai kosong
Panjang benar tajuk entri, tapi things that I am about to share ni sikit jer.Hehe.
Now, start.
Having chance to travel around (Johor) is a good chance for me to observe the wide and diverse whim of people. Pagi semalam, aku ke Tongkang Pechah, Batu Pahat. Sementelah aku sampai awal untuk ketemu customer jadi aku pusing-pusing lah di kawasan sekitar mencari-cari sesuatu untuk diisi ke dalam perut yang amat lapar.
Puas juga berjalan-jalan. Banyak kedai makan tapi owned by non-Muslim. So, aku give up and on the way nak patah balik ke tempat customer tadi aku ternampak satu warung kecil di tepi jalan. Yang ini Muslim.Meriah dengan borak kedai kopi yang rencam.
Tanpa berfikir dua kali, langkah kaki aku ayun semahunya menghala ke warung yang sudah sedikit usang itu. Huu. Dan duduk. Dan menunggu orang datang dan bertanyakan makan dan minum. Kurang lebih 2 minit berlalu. Datang seorang mak cik yang aku anggarkan berumur awal 40-an. Tanpa garis senyum dan sapa tanya. Tapi yang dihadiahkan hanya jelingan seolah aku faham apa makna disebaliknya.
” Nescafe tarik satu kak!” pesankku separa jerit tanpa menunggu lebih lama lagi.
“Makan?”
” Roti kosong satu!”
” Sorry dik, kalau nak order roti mintak sendiri, kita orang tak orderkan!” jawabnya seraya berpusing dan menjeling.
Heh. Pelik. Kena pesan separately plak. Padahal kalau jerit je pun dah boleh. Erm. Tolong jelah orderkan sekali, walaupun berbeza empunya dan niaga tapi tak ada salahnya kalau tolong menolong.
Barangkali mak cik ini naik angin, kerana soto atau nasi lemaknya tidak berusik sejak pagi gara-gara roti canai yang diusahakan oleh sepasang suami isteri itu lebih digemari pelanggan.
Sebab sentiasa ada disebalik setiap tindakan kita, tapi jangan mencipta sebab semata-mata kita mahu menjustifikasi tindakan kita walau kadang-kadang salah.
Senario ini sering anda lihat dan dengar kan? Dalam televisyen melalui drama dan filem juga selalu ditonjolkan. Sikap masyrakat kita yang takut kehilangan apa yang dimilki sekiranya orang lain lebih sedikit.
Anda mesti kata;
“biasalah tuh”
Tapi yang menjadi kebiasaan atau kelaziman inilah yang selama ini memusnahkan kita.
“ye ker?”
Anda tentukan!
End.

And why did she ask “Makan?” at the first place. Haih.
a’ah ek.Hehe.
dia mengharap sna jawab nasi lemak atau soto?
oo.betul gak tuh.