kaget dan kilan

hari yang mendung amat selari dengan gerak jiwa dan semangat ku..mendung..
selalu waktu yang kelam dan kusam begini..akn ku lelapkan saja mata..moga ada mimpi
indah yg datang menjengah..indah dari kusut awan nan berarak bebas..
tapi apakan daya ada obligasi yang perlu ditunaikan.. aku arahkan saja badan
ku pujuk saja hati agar lebih kuat..dari angin yang menyapu ganas pepohon di gigi jalanan..

………………………

selesai mencari maklumat di cc mutiara..bersama rakan2 seperdebatan..kami pantas berlalu
mencari sesuatu memenuhi ruang lapar perut yg kosong sejak pagi..
PAS! menjadi pilihan konsensus..bukan parti yang hijau tu ea..
tapi plaza alam sentral..
dengan 3 buah kereta amat muat utk menampung kami yang agak banyak..
aku memilih untuk merasa kereta yang dipandu yasmin..
Sam turut membontot..

kelam dan kusam masih memanjang sungguh jam sudah melewati 7 petang..
huh..mood aku juga kekal sama..

sedang aku bermonolog sendiri
secara tiba-tiba sam menjerit dari tempat belakang
..aku tidak pasti dengan apa yang dijeritkan..
yang pasti detiik itu aku tahu ada sesuatu yang berlaku- kereta Honda Civic
yang kami naiki-terlanggar sebuah kereta Proton Saga..

hurm..maka terjawab lah mengapa awan nan sarat hitam tak mahu lagi berganjak
dan mengapa hati ini tidak mahu membuang gundah yang berkocak..

“ok kita turun” seru aku..

(bermula disini lah fokus kalian harus ditumpu kerana ini adalah roh entry aku kali ini!)

“woi tak tengok side mirror ke?”jerit seorang wanita lewat 20-an yang agak berisi dan ‘cantik’ memakai pakaian ala chef
sebaik sahaja kami turun dari kereta. Yasmin yang agak pucat terus memuntahkan kata maaf berulang kali.

“tak dengar ke orang dah hon??!” jerit wanita itu lagi sambil berpusing-pusing melihat-lihat bahagian depan kereta yang
SEDIKIT tercalar..(kalau boleh aku mahu kalian tengok sendiri kesan calar yang terlukis pada kereta itu,supaya kalian jelas
mengapa ku menulis tentang ini.tapi malangnya aku tak sempat pula merakamkan imej tersebut..)

berbalik kepada wanita tadi..yasmin dan sam yang sejak tadi nampaknya tenang sedikit beremosi dengan tingkh wanita yang
boleh aku gelar sebagai kurang beradab itu. kurang mengerti mengapa dia yang benar teruja sedangkan itu bukan kereta dia.
herm..tak mengapalah bagiku wanita itu layak diabaikan saja.

kereta proton yang penuh bermuatan 5 0rang itu aku perhatikan..tapi tak pula aku perhatikan kesan calar yang ada..malas..
atau mungkin aku tidak mahu ambil tahu..seboleh dan secepat mungkin aku mahu segalanya selesai…

“macammane ni?” tanya empunya kereta setelah lama mencuit2 calar keretanya.
” berapa yang kami perlu bayar ea?” tanyaku dalm nada naif sekali..kalau seratus dua ratus saya adalah..

huh..teruk calar ni dik..”kata seorang mamat yang tercegat dari tadi..”jadi apa kami boleh buat ea bang?”sudah digelar adik
maka aku anggap shj mamat-mamat chef itu sebagai abang.

“ambil nombor telefon!” arah empunya kereta..
“ambillah!” sahut Yasmin seraya menyerahkan nombor telefon bimbitnya.
“ambillah alamt rumah sekali!” tempelak wanita ‘cantik’ tadi.
aku pun terfikir nak buat apa dengan almat rumah..”takut nanti korang lari plak!”
sambungnya lagi..
“ambil jelah..” sahut yasmin setuju.
“tak pelah abg ambil nombor keteta jer..”kata empunya kereta.
kurasa tindakan abang ini lagi bijak.. kalau kitaorang lari..lagi mudah dikesan..

“macam nilah..saya ada dua ratus je..abg ambil lah..kalau tak cukup nanti cntct kitaorang kalau lebih abang ambil jelah!”
aku menyaran..pantas empunya kereta itu mengaut helaian ringgit di tanganku..

“ye lah..nati kalau lebih kita orang pulangkan..kitaorg bukan nak cekik darah..”kata wanita ‘cantik’ dalam nada sinis.
aku senyum pahit..lagipun sesama Melayu…sambungnya lagi..

“ok lah kalau macam itu..sorilah ea bang…” kataku sambil menghulur tangan penuh kesal atas apa yang berlaku..
begitu juga dengan yasmin dan sam.. jabat tangan itu tanda lerailah masalah aku dan rakan2..

……………………………..

apa yang aku nak kongsi ialah..selepas aku ceritakan semua itu pada orang yang aku kenali dan memang ada pengalaman
tentang langgar kereta orang..ada yang mengatakn tindakan aku itu kurang wajar..kerana harga calar sebuah kereta proton itu sepatutnya bernila dalam lingkunga RM 100 sahaja..entah aku pun tidak pasti tapi aku memang percaya dengan fakta itu setkat ini
kerana itulah jua pendapat secara majoriti..

maka aku pun berfikirlah..kalau betullah hujahan itu..
mengapa tidak aku iring saja mereka ke bengkel berhampiran dan memastikn harga sebenar calar kereta mereka..
sedangkn itulah langkh yang sewajarnya yang patut dilakukan oleh semua orang yang mungkin akan mengalmi masalh yang sama
nanti..

kalau benar hrganya adalah RM200 aku tidak kisah
kalau bukan pun aku tidak kisah..mungkin itu rezeki mereka
yang perlu dikisahkan ialah tentang pengendalian kita dengan masalah
agar lebih bijak dan berhati-hati

andai benar mereka juga tidak tahu tentang nilai sebenar calar itu
maka aku sarankan agar lainkali mereka tidak lagi menerima duit membuta tuli
(tapi mereka sendiri enggan utk ke bengkel walau sudah dicadangkan kami)

andai mereka tahu tentang nilai sebenar
maka aku tidak merasakan tindakan mereka wajar
dengan memperkotak-katikkan kami yang serba baru dlm kereja langgar melggar..
jangan lah guna sentimen melayu untuk meraih belas kami..

atau

(buat wanita ‘cantik’)
berbahasalah dengan baik..kerana kami manusia
yang melakukan kslipan di mana2..
anda juga manusia..
mungkin esok anda pula di tempat kami..
dan anda akan faham kenapa entry ini wujud

4 thoughts on “kaget dan kilan

  1. Itula, lain kali jangan pilih yang cantik jer…pilihlah yang berbudi bahasa….

    Kekadang, kecantikan itu akan menyebabkan kita menjadi kurang berbahasa…perasan ler katakan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s