mata pensil

 

257028099_2318be6cf1.jpg

ceritera yang selalu aku fikir untuk ditumpahkan..agar sama-sama kita boleh kongsikan..aku yakin mungkin ramai yang akan menimbulkan soal-kenapa mata pensil yang aku pilih bagi entry ke-3 ini.segala yang berlaku sebab..begitu jua inspirasi tragedi mata pensil yang kalian baca ini..dan sebab ini akan anda cerna sendiri di pennghujung bacaan anda nanti.

……….

aku ada mengenali seorang insan berpangkat kakak lewat 30-an..kakak yang sudah bersuami dah sudah punya 3 orang anak yang comel-comel belaka.jangan salah faham.kami tidak ada hubungan istimewa..selain hanya sebagai pelanggan tetap kedai makan miliknya. Pun tidak salah andai aku katakan hubungan kami seperti adik beradik.

menjadi kelaziman aku dan juga rakan-rakan akan mencetus ide mencari isu perbualan sementara menanti hidangan klise seperti sup tulang dan ayam goreng kunyit tiba. tapi hari itu kakak nampak lain sangat-tidak seceria selalu. Nampak serba resah.mungkin ada sesuatu yang mengacau emosinya.lemas melihat muka kakak yang comot dengan masalah..kami pun bertanya-kenapa kakak nampak tak happy jer?

maka bermulalah segala ceritera-

memang kakak ada masalah.dan masalh ini sudah seminggu membalut jiwanya..anak sulungnya yang hanya berusia 9 tahun tercedera. Yang menjadikan aku sedikit ngeri ialah kecederaan yang dialami oleh anak kakak ini ialah kecederaan mata..aku terlopong..memang masalah yang dihadapi oleh kakak ini serius bunyinya.

maka kami pun menjalankan diagnosis-bagi memastikan akar masalah sebenarnya.

nak dijadikan cerita, ada satu pagi anak kakak ini terlewat ke sekolah.seperti lazim situasi yang terjadi di mana-mana sekolah pastilah akan ada beberapa orang pengawas segak berbaju biru (bergantung pada sekolah,tapi kebanyakan sekolah menggunakan warna biru bagi membezakan pengawas dan murid biasa) tercegat di depan pagar utama sekolah. Tugas adalah tugas-begitu mungkin tekad yang tertanam dalam hati kanak-kanak yang diberi kuasa atas nama pembantu guru disiplin sekolah- segalanya lazim dan amalan biasa yang mungkin kita semua pernah lalui sewaktu zaman kita masih memakai seluar biru berlabel TONY (kalau sekarang jenama yang popular ialah CANGGIH).

datang lewat ke sekolah hukuman pertama yang diterima pastilah nama akan dicatatkan oleh sang biru. Tapi ‘hukuman’ yang diberikan oleh pengawas kali ini bukannya sekadar menulis nama tapi lebih teruk lagi mata anak kakak ini dicucuk dengan sebatang pensil..menakutkan?memang menakutkan..apa lagi pastilah kanak-kanak yang hanya berusia 9 tahun ini menangis.

aku terpaksa lah memuji tindakan prinatin para guru yang menyedari akan kesakitan sang anak kecil ini (dalam keadaan tidak mengetahui apakah puncanya) dengan membawa kanak-kanak ini ke hospital berdekatan..

di hospital

yang menyedihkan, tanpa rawatan yang terperinci dari seorang doktor yang diamanahkan untuk memeriksa mata anak kecil ini..hanya menitikkan beberapa titis eye-mo atas alasan mungkin habuk yang menyebabkan mata anak kecil ini pedih..maka sang pendidik pun legalah dan membawa anak kecil ini kembali ke sekolah..

sebaik sahaja memasuki kereta, barulah guru sedar yang memang ada bendasing (benda asing) warna kehitaman yang terpacak pada mata anak kecil ini..mengerikan?memang mengerikan.. guru yang kaget ini pun teruslah kembali semula ke hospital dan doktor barulah mengesahkan ada mata pensil (karbon) yang terselit di balik selaput luar mata anak kecil ini. (mungkin selepas ini guru pun boleh menggantikan doktor bagi merawat mata orang yang sakit) tahniah sekali lagi buat guru yang cukup prihatin dan TELITI!

maka pihak hospital pun menelefon kakak untuk datang segera kerana akan ada pembedahan kecil buat anak kecil ini bagi mengeluarkan karbon pensil yang menemani matanya. maka pembedahan pun dilakukan Alhamdulillah memandangkan hanya selaput luar yang tercedera maka tidak ada sebarang efeksi yang akan diterima oleh anak kecil ini. (tapi itu jaminan doktor dalam waktu terdekat ini, siapa tahu apa pula efeksi yang mungkin mengena pada anak ini 10 tahun atau 20 tahun akan datang?)

……………………….

persoalannnya disini ialah, aku tidak menyalahkan si baju biru.sebab semua orang tidak pasti sama ada memang benar ada adegan cucuk menyucuk atau pun tidak.kerana kalau mengikut fakta dan hujahan si baju biru, pensil itu hanya terjatuh, dan serpihannnya yang melantun dan memburu mata anak kecil tadi. aku jua tak mahu menyalahkan ibu bapa si biru..bagi aku tidak ada ibu bapa yang mengajar anaknya sebegitu.maka aku gelar ianya adalah satu insiden!

Saya mengagumi tindakan kakak dan suaminya yang membatalkan laporan polis yang dibuat pada awalnya atas alasan-kita sesama melayu, tak payah nak panjang-panjangkan cerita-bagus!

tapi yang amat sangat saya terpanggil untuk memaparkan cerita ini adalah tentang keselamatan anak-anak kita yang dihantar ke sekolah..apakah kita rasa selesa dengan mengetahui bahawa kebarangakalian untuk anak kita tercedera sudah boleh didapati sebaik langkah pertama ke sekolah? penghujahan tentang insiden boleh berlaku di mana-mana itu tepat.namun apakah insiden ini mahu di ulang?apakah kita mahu indera anak- anak kita pula hilang panca-nya? apakah sudah hilang awas guru yang sepatutnya menyelia gerak geri murid-murid di bawah jagaannya?

justifikasi mutlak hak milik kalian!

One thought on “mata pensil

  1. Bercakap pasal keselamatan di sekolah, saya ingin berkongsi cerita saya pula. Tahun lepas anak saya terjatuh semasa menjalani aktiviti jasmani di sekolah, sikunya terseliuh. Baguslah dalam kes pensil ni, guru-guru bertindak bijak. Tetapi dalam kes anak saya, guru-gurunya yang sibuk mengatakan tangannya patah, menghantar anak saya balik rumah dan bukannya ke hospital. Dahlah tu, anak saya dihantar balik selepas waktu kerja dan keesokannya hujung minggu. Akibatnya tangan anak saya tidak dapat dirawat dengan betul dan terpaksa menjalani pembedahan. Jika guru-gurunya bijak, siku tersebut boleh dibetulkan tanpa menjalani pembedahan. Sekarang siku kiri anak saya ada parut sepanjang 6 inci. Kerana insiden ini, saya tidak mempercayai agensi perguruan lagi. Saya merasa teramat risau apabila anak saya berada di sekolah. Bayangkan ada insiden guru terlanggar murid ketika memandu di kawasan letak kereta sekolah. Saya terfikir, sebaiknya individu yang ingin menjadi guru seharusnya bukan saja layak dari segi akademik tetapi juga layak dari segi psikologi. Kerajaan berusaha memberikan berbagai-bagai kelebihan kepada guru. Mungkin kerana itu guru-guru merasa semakin selesa sehingga menjadikan mereka alpa semasa dipertanggungjawabkan mendidik murid-murid iaitu anak kepada seseorang.

    SNA: .terima kasih aini chung.betul.masih ada ramai lagi pendidik yang lupa akan tanggungjawab mereka yang sama beratnya dengna tanggungjawab ibu bapa di rumah. mereka perlu lebih prihatin agar keselamatan anak-anak kita terjamin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s