masa adalah anugerah

370946829_511504fd01.jpg

jam 4.45 petang

aku mula menggerak jari jemari.menghentak lembut papan kekunci..

sunyi tanpa ucap melatari suasana Lab Com menara SAAS..

sudah lama tidak ke sini

menggunakan perkhidmatan yang disediakan

tapi aku tidak mahu bercerita apa-apa tentang perkhidmatan

kerana sudah ada orang yang panjang berjela menceritakan tentangnya..

takut ada yang grumpy pula nanti..kerana dia lebih arif tentang darjah suhu melampau dan gelagat pelajar yang bertukar tandang ke sini hehe

Ini sahaja lab yang ada sesudah jenuh aku berkejar dan mengintai

ruang kosong di lab com fakulti..malang tidak ada!!

herm..2 minggu kebelakangan yang agak menghimpit..

sibuk dengan training dan kuliah

assignment dan lab report..

kerap dan acap

waktu-waktu yang kritikal begini

kita akan tahu yang kita tidak seorang

kalalu tidak kekasih teman atau keluarga

TUHAN pasti bersama

detik aku mendamba jeda masa..

akhirnya Tuhan kurniakan juga

untuk aku sesaat menghela

sementara menanti result experiment yang hanya boleh

dikesan pada jam 6 petang..

masa yang lengang perlu diambil kesempatan

untuk mencari bahan assignment dan lab report yang menimbun

segalanya perlu aku segerakan supaya boleh menumpukan fokus

utk debat alam sekitar nanti..

maaf buat coach teamte dan rakan2 yang banyak membantu

maaf kerana tidak banyak yang boleh aku buat kala

diselimut himpunan tugasan begini

tapi aku akan memberi yang sehabis baik

agar matlmat kita akhirnya sama..

Syukur pada Tuhan

aku masih diberi kesempatan

yang amat aku perlukan

saat debaran dan kerisauan

menyelaputi benak dan fikiran..

moga yang terbaik menjadi milik kita semua!

One thought on “masa adalah anugerah

  1. “maaf buat coach teamte dan rakan2 yang banyak membantu

    maaf kerana tidak banyak yang boleh aku buat kala

    diselimut himpunan tugasan begini”

    Rileks la Bonat, semua busy. You did your best and you will always do.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s