jiwa merdeka anak malaysia

seperti selalu menjengah sahaja ke bulan ogos..topik yang paling masyhur yang akan dibincangkan oleh semua (terutama blogger) adalah isu kemerdekaan Malaysia..Terlalu banyak pendekatan yang digunakan oleh mereka untuk menjelaskan fakta dan hakikat yang sedang berlaku..baik atau buruk segalanya kemas diadun..tahniah..sekurang-kurangnya bukan kerajaan kita sahaja yang bekerja bagi memastikan temasya dan pesta merdeka pada bulan ini berlangsung dengan meriah!!

aku bukan mahu bercerita tentang kemeriahan dan keghairahan kita membuat itu dan ini untuk meraikan jubli emas merdeka malaysia..aku lebih berminat menumpah idea berdasarkan sesuatu yang benar aku rasa amat terkesan.. mungkin sebelum ini bila orang berkata tidak ramai dikalangan rakyat Malaysia  yang patriotik aku tidak mudah mengangguk dan berkata ya! bagi aku itu dongengan dan rekayasa!

namun aku mula mengangguk perlahan bila memerhati setiap gerak dan tindak masyarakat kita yang memang tidak patriotik!uh aku sudah muak bila mereka tidak mahu dibandingkan dengan srikandi dan perwira bangsa yang berjuang untuk merasa manisnya merdeka! tapi aku kena beritahu..dan anda semua perlu tahu..perjuangan itu tinggal kenangan ..hanya menjadi jawapan bagi kertas peperiksaan sejarah..sekadar itu.. tidak pernah pula mereka berfikir bagaimana nenek moyang kita menggadai harta malah nyawa dan kepentingan demi maruah tanah pusaka.. kalau mahu disenaraikan terlalu banyak bilangannya.. anda juga mungkin lebih betah memuntahkan tiap satu nama mereka..

kerana terlalu terpencil;terpencil kerana tidak menjadi hebahan dan isu-ramai yang merasakan insiden dan bukti tentang betapa tidak patriotiknya kita dalam memahami maksud merdeka yang bakal aku persembahkan ini adalah sesuatu yang basi..tidak perlu dilaratkan dan dijadikan bahan penulisan.. tapi ini bukan idea ini pengalaman..

……………………………………………………………………………………………………………

“kamu debat bahasa melayu ke bahasa inggeris?” tanya Dr. Melayu.

“bahasa melayu” jawab anak Melayu.

“huh bahasa melayu??low class!!” jerkahnya dalam nafas seloroh. lebih dukacita selorohnya itu disambut hilai tawa anak-anak Melayu lain.

Fikirkan!!

…………………………………………………………………………………………………………..

nyanyian lagu Negaraku berkumandang. walau diawasi pengawas dan guru kelas di setiap hujung barisan..tapi masih ada yang terhuyung-hayang..bercekak pinggang sambil menyanyi malas-malas.. ada yang berdiri tegak laksana tiang terpacak tapi mulut terkatup kemas tanpa sebarang nada..hanya memandang dan sesekali bergelak kala bendera yang dinaikkan pengawas tidak selari dengan gerak irama lagu..

mesejnya jelas bukan?!

………………………………………………………………………………………………………………

ini baru dua bukti yang mungkin hanya ku kutip dari pengalaman sendiri..yang mungkin boleh kalian ragui.. tapi ini baru dua bukti dari aku seorang..ini baru isu-isu kecil..belum aku dedahkan kes-kes permohonan penukaran warga negara, kes pelajar-pelajar tajaan kerajaan yang tidak mahu pulang setelah tamat belajar diluar negara..isu pelajar kita yang melakukan kerja-kerja gila di negara orang…

yang kalian sendiri mungkin lebih arif tentangnya..

baru 50 tahun sudah begini rancu dan kecamuknya..

tahun 2020 bagaimana pula kisah dan rencamnya??kita nantikan!

2 thoughts on “jiwa merdeka anak malaysia

  1. “kamu debat bahasa melayu ke bahasa inggeris?” tanya Dr. Melayu.

    “bahasa melayu” jawab anak Melayu.

    “huh bahasa melayu??low class!!” jerkahnya dalam nafas seloroh. lebih dukacita selorohnya itu disambut hilai tawa anak-anak Melayu lain.

    KURANG AJAR!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s