drama:baju dan demokrasi

watak

polanseorang pemimpin berhati waja berjiwa kental memperjuangkan identiti pasukan

polinsi pejuang demokrasi

polonsi penyokong kuat si polan

polensi penyokong polin dan penegak hak umum

pulun-pemerhati dan pencerita

pasukan-pemain-pemain

tempat

stadium Vista di daerah KITA

——————————————————————————————

(suasana riuh rendah melatari padang di stadium Vista.Masing-masing rancak melakukan aktiviti biasa sementara menunggu kedatangan jurulatih. makin lama makin bingit stadium yang tidak seberapa besar itu.sudah lebih 15 minit.batang hidung jurulatih masih lagi tidak kelihatan.agenda mengumpat dan mengata mengambil ruang.stadium dibingitkan lagi.

sepertimana lazim, si polan yang memang dikenali dengan karisma pimpinannya yang tegas.mencuri perhatian sekalian makhluk yang bertebaran di atas padang.ada yang berlengging tanpa baju di badan.ada yang bersenam-senam ringan sebelum latihan yang berat boleh dimulakan.tapi yang paling banyak.merokok dan menanti agar tuah datang berdoa dalam diam agar latihan dibatalkan.

jadi memang tak boleh nak disalahkan.jurulatih dan pemain sama-sama malas membuat latihan.prestasi yang merosot.jelas punca sebenarnya kenapa.nyata tragedi ‘5-0’ tidak membetikkan apa-apa dalam pasukan yang pernah menjulang nama negara KITA dulu.dulu.lama dulu)

[pulun:yang pipih tak kan datang melayang yang bulat takkan datang bergolek. bukan sekadar peribahasa wahai pasukan KITA!]

polan: assalamualaikum semua..hari ini latihan kita dibatalkan. jurulatih ada hal.

pastilah ucaptama si polan mendapat sorakan gerombolan pasukan yang menanti berita yang begitu.

polan: tapi aku ada hal sikit nak cakap..boleh ya aku ambil masa korang sekejap. dalam 10   minit je.

pulun: ok jer.cakap je lah!

polan: aku ada buat dua design baju untuk pasukan kita.aku nak minta pendapat korang lah macam mana.

(paparan 2 design baju yang dimaksudkan jelas pada screen laptop polan yang baru sahaja dibukanya.masing-masing berbondong menyerbu dan menganalisa tiap satu design yang dicadangkan.suasana stadium sedikit senyap berbanding tadi.khusyuk!)

polan: macam mana lawa tak? (tanyanya mengharap sokongan.matanya dikelip berkali-kali.menanti dalam debar)

pasukan: ok tu memang ok. tapi ada masalah sikit lah polan.

polan: jangan lah macam tue..aku dah penat design dah.

pasukan: tahu, terima kasih lah atas usaha kau tu. tapi kitaorang tak berkenan lah dengan dua-dua baju.

polan: kenapa?apa yang tak kena? kan lawa ni!! (bentak nya dalam nada yang berbaur emosi)

polen: erm..macam ni lah, yang design pertama tu kitaorang tak setuju sebab ada gambar bola kat belakang dia. tak cantik. (terangnya lembut)

polan: owh..tu bukan masalah..kan unik tu..mana ada pasukan lain buat lagi sebelum ini.inilah keunikan kita.kan? aku mahukan keunikan!

[pulun:keunikan?dengan gambar bola yang besar ditampal megah pada belakang baju?aku fikir keunikan pasukan adalah strategi bermain..menyerang atau mempertahankan..bukan kerana baju..tapi entah lah..aku pemerhati saja.. pemerhati yang punya kaki laksana bangku.]

pasukan: macam pasukan futsal kampung dusun jer! dulu kat sekolah pun dah buat macam tue. (monolog mereka sendiri)

polan: ok lah..baju yang kedua ni macam mana pulak..cantik kan? (pujuknya mengalih perhatian)

pasukan: yang design kedua ni pula ada masalah pada warna dia..warna hijau..tak cantik lah..

polan: cantiklah ni..warna hijau..kenapa tak cantik pula? (asaknya beria)

polen: warna hijau dia macam mana sebenarnya?macam rumput kat padang tu ke?

polan:hijau dia cantik lah..memang cantik..aku tak tahu nak tunjuk macam mana.. tapi bukan macam rumput tu.

pasukan: yelah kalau macam rumput ..mestilah kena pijak nanti.. (celah mereka sambil ketawa berdekah-dekah)

[pulun: erm letak lah warna apa pun..hakikatnya pasukan KITA memang  sentiasa kena pijak..menyerah badan hatta kepala membiar pasukan lawan menghentak sambil bersorak dan disambut teriak khalayak yang memang penduduk daerah KITA!hairan.]

polan: aku nak korang beli jugak dua-dua baju ni.tak kira.this is my decision. (nada polan tiba-tiba bertukar.wajah sedikit merah menahan amarah.marah kerana tidak ada satu pun baju yang direkanya digemari pasukan!)

polin: polan, kau tak boleh macam ni. tadi kata nak tanya pendapat kita orang. tapi kau tak dengar pun apa yang kita orang cadangkan..kenalah demokratik.jangan jadi diktator pulak! (jeritnya dalam riak muka kelat dan nada sedikit tersekat!)

polan: polin, kau jangan kurang ajar ya, aku tak suka!tak suka! (polan membalas dalam nada yang jua tersekat-sekat!)

polin: apa pula kurang ajar betullah.. (balas polin lagi dalam nada yang mula sedikit kendur.  tidak mahu ketegangan berlarutan.)

polon: apalah korang ni..polan cuba untuk mengekalkan identiti kita semua..sokonglah dia!

polen: ya..bukannya kami tak sokong masalahnya ada dua je, sama ada kita tukar warna hijau tadi atau tukar gambar bola kat belakang tu.. (cadangnya penuh harap)

pasukan: ya lah, kalau tak baik kita letak gambar tiang gol ke?kan identiti kita jugak! (semua terburai ketawa dengan lawak sendiri!)

[pulun: erm..salah tu.lebih baik korang letak jer gambar orang main bola sambil berbogel..kan lagi tepat konsepnya dengan korang semua..malu??heh kan sama je malunya dengan kalah selalu!]

polen: kenapa kita buat mesyuarat ni kalau semua cadangan kitaorang tak diterima?kan sama je kalau kita tak bincang..buat je terus.tapi jangan haraplah kami beli..kitaorang pun ada hak jugak.. (ucap polen,kali ini lebih panjang lebar.emosi)

polon: kalau betul-betul korang nak tukar sangat dengan ide korang.. baik korang buat proposal.. hantar kat polan.. jangan cakap jer! ( cadang polen bersungguh)

[pulun: proposal?heh peliknya..kalau terima je cadangan pasukan kan lagi senang..kenapa perlu proposal?kalau dihantar pun akan mengubah ke pendiirian polan yang tegar memepertahankan rekaan nya yang maha kreatif tu??]

polin: tu je lah polan..terpulanglah pada engkau.. nak ubah ke tak nak..

polan: ok lah kita bersurai..ada budak-budak sekolah nak guna padang ni..kita bincang lagi lain kali.. (arahnya seraya menutup laptop acer miliknya.kemas.)

pasukan: ok.

(dan semuanya pun bersurai meninggalkan stadium Vista yang makin dipenuhi budak-budak sekolah)

[pulun:ajaibnya lah aku lihat budak-budak sekolah ni.walaupun hanya wakil sekolah tapi semangat untuk terus maju dalam arena tendang- menendang ini sangat tinggi..sungguh awan berarak mendung dan mentari jauh bersembunyi. sang langit mula menangis tapi mereka masih riang menyusun gerak dan mengatur langkah..moga bancuhan latihan membunga pengertian.moga nanti bila sudah jadi bintang daerah KITA.jangan pula mudah lega dan selesa.dan sibuk berjual niaga baju dan memekik demokrasi yang akhirnya membunuh prestasi!

kisah baju dan demokrasi surai tanpa diusai dengan resolusi]

One thought on “drama:baju dan demokrasi

  1. polan:rakan-rakan pasukan aku minta maaf pasal hal baju tempoh hari..

    pulun: sekurang-kurangnya, polan tahu dia salah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s