hukuman menanti namewee

 

isu namawee ini masih tidak selesai lagi.aku yakin ramai yang mengetahui tentang isu ini.sepertimana yang aku telah post tempoh hari.kita bukan mahu mencari salah.tapi kita kena mencari apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah.

aku ada terbaca satu artikel yang dikirim oleh Mohamad Sofee Razak dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang bertajuk jangan mudah memaafkan. ada beberapa perkara menarik yang ditulis oleh beliau dan aku sekadar merumuskan.

ada ramai yang mendesak agar kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap kesalahan Namawee. kalau anda bertanya ada atau tidak Akta yang berkaitan dengan Lagu Negaraku. aku katakan ada. Namun sebelum kita merewak kepada persoalan undang-undang biarlah kita berkenalan dahulu dengan sejarah Lagu Negaraku ini.

Lagu Negaraku yang dikatakan berasal dari lagu Terang Bulan iaitu lagu rasmi negeri Perak, mula dinyanyikan sejak tahun 1901 lagi ketika pertabalan Raja Edward VII di England, adalah manifestasi inspirasi lambang atau simbol perpaduan dan penyatuan masyarakat plural di negara kita.

Undang-undang yang mengawal sebarang bentuk pencabulan terhadap lagu Negaraku baik menghina, mempersenda, mengeji, mencemar, mencampur-aduk, mengubah rentak atau lirik dan sebagainya secara sedar ataupun tidak dalam apa jua keadaan adalah dilarang dan pelaku kesalahan tersebut boleh ditangkap serta didakwa di mahkamah untuk diadili sewajarnya.AKTA Lagu Kebangsaan 1968 (Akta 390) telah diluluskan sejak tahun 1968 oleh Parlimen Malaysia dan melalui proses semakan pada tahun 1989. Akta ini diwujudkan bagi menjaga kredibiliti, prestij, kewibawaan dan maruah lagu Negaraku yang merupakan satu-satunya lagu kebangsaan negara.

Menurut Seksyen 8 (1) Akta Lagu Kebangsaan 1968, rakyat Malaysia hendaklah menunjukkan rasa hormat, sayang dan mencintai lagu kebangsaan dan dikehendaki berdiri apabila lagu Negaraku dinyanyikan pada bila-bila masa dan di mana jua.

Sejak kewujudan akta berkenaan, seingat saya ada dua kes yang melibat isu lagu kebangsaan iaitu Nyanyian Hattan dalam satu pertandingan bola sepak dan juga kes melibatkan seorang warganegara Malaysia sendiri iaitu Wee Meng Chee ataupun namewee.

tapi itu kes yang besar dan dihebahkan.bagaimana pula dengan mereka yang tidak berdiri semasa menyanyi lagu negaraku?jangan lupa mereka juga adalah golongan yang boleh dianggap melanggar undang-undang di bawah Akta ini.Malah, Seksyen 9 akta berkenaan memberi kuasa penuh kepada polis untuk menangkap sesiapa sahaja yang didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 akta berkenaan tanpa sebarang waran. Tapi malang tak dikuatkuasakan!

apakah bentuk hukuman yang diperuntukkan?

Seksyen 8 (2) pula menegaskan bentuk hukuman kepada sesiapa yang ingkar dan tidak menunjukkan rasa hormat kepada lagu Negaraku, di mana seseorang itu boleh didenda tidak melebihi RM100 atau penjara tidak melebihi satu (1) bulan sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah.

Yang musykilnya, isu tentang penderhakaan terhadap lagu keramat ini nampaknya besar sehingga mendapat perhatian semua pihak. Tapi hukumannya tidak pula melambangkan keseriusan kita membendung masalah ini demi menjaga perpaduan.

adakah nilai RM100 dan menginap di hotel percuma kerajaan selama sebulan cukup setimpal?aku merasakan undang-undang ini baik namun perlu diperhalusi tentang penaltinya agar kesungguhan untuk memelihara kedaulatan dan kebesaran Lagu Negaraku ini terjelma.

Hidup Malaysia!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s