berpesta dengan pestabola merdeka

su_01_big.jpg

agak janggal sebenarnya bagi seorang kaki bangku menulis dan memberikan komentar terhadap isu bola sepak ini. tapi sejujurnya aku hanya memberitahu apa yang aku tahu. paling tidak aku masih mampu mencoret sepatah dua sebagai bingkisan buat semua yang meminati arena ini.

semalam, tanggal 29hb ogos 2007, satu sejarah telahpun dilakar oleh  skuad kebangsaan negara apabila berjaya menewaskan juara bertahan Myammar dan sekaligus merangkul kejuaraan Pestabola Merdeka Edisi ke-39 dengan jaringan 3 berbalas 1. Jaringan disempurnakan oleh Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak (m-12), jaringan sendiri Myanmar Moe Win (m-55) dan Safee Sali (m-60).

Kemenangan tersebut buat kali ke-11 turut meleburkan kemarau 14 tahun tanpa gelaran.

 kali terakhir skuad kebangsaan bergelar juara pada kejohanan ini ketika barisan yang diketuai oleh Dollah Salleh dan Azman Adnan menewaskan Korea Selatan B 3-1 pada 1993.

Lebih manis (ayat bonzai) kejayaan paling gemilang tahun ini menjelang sambutan kemerdekaan Malaysia esok turut disaksikan buat pertama kali Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah.

Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.Perlawanan akhir juga disaksikan 45000 orang penonton yang tidak pernah jemu menanti tuah sebegini tiba.

Malah setelah melihat kejayaan yang cukup memberansangkan ini, Sultan Ahmad Shah telah melantik B. Sathianathan sebagai jurulatih kebangsaan bagi menggantikan Norizan Bakar yang bakal menamatkan kontraknya pada 1 september nanti. Namun sathianathan masih belum memberikan kata putus.

Tugas berat yang bakal dipikul oleh Sathia adalah membawa skuad kebangsaan melepasi pusingan kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Bahrain bulan depan.

adakah Sathia bakal memberikan kejutan?kita nantikan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s