Nurin Jazlin Jazimin

dn_01_big.jpg

kita pernah gempar dengan kehilangan adik Yin awal tahun ini.

kini semua orang kecoh pula tentang adik kecil Nurin Jazlin Jazimin (gambar), 8 tahun yang hilang sejak isnin lepas selepas ke pasar malam berdekatan rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju. termasuk hari ini sudah 10 hari adik Nurin hilang dan lesap dari pandangan mata keluarganya. lebih haru, adik Nurin dikatakan menghidap penyakit buah pinggang dan memerlukan ubatan setiap hari bagi mengurangkan kadar kesakitannya. walaupun RM5000 ditawarkan namun hasilnya masih sama. bayang Nurin masih belum kelihatan.

terbaru, semenjak polis mengesahkan bahawa adik Nurin bukan hilang tetapi diculik, tampil seorang saksi yang memberitahu bahawa dia ada ternampak adik Nurin hari Isnin lalu dibawa masuk kedalam sebuah van putih oleh seorang lelaki. peliknya kenapa baru sekarang saksi itu menyampaikan berita yang penting sebegini.

tapi tidak mengapa sekurang-kurangnya ada juga insan prihatin yang membantu untuk bersama-sama memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah ini.

yang mendukacitakan bagi aku dan tentu sekali ibu bapa Nurin (Jazmin dan Norazian) ialah sikap biadab dan kurang ajar segelintir masyarakat yang mengirimkan SMS kepada keluarga mangsa.

setiap hari lebih 500 SMS yang diterima dan malangnya kebanyakan SMS yang diterima adalah berbentuk carutan dan makian terhadap ibu bapa mangsa.

aku akui masyarakat kita adalah masyarakat yang amat prihatin tapi kadang-kadang prihatin mereka melebihi kewajaran.kenapa?banyak SMS yang diterima memarahi ibu-bapa mangsa yang dikatakan mengabaikan tanggungjawab sebagai penjaga dengan baik.

 Ada juga SMS yang mengutuk tindakan ibu-bapa mangsa yang dikatakan duduk goyang kaki sedangkan orang lain sibuk mencari Nurin. Ada juga yang mengatakan bahawa mereka tidak mengambil iktibar dari kejadian kehilangan Yin tempoh hari.

Itulah sedikit sebanyak gelagat dan ragam masyarakat kita yang memang suka menghabiskan kredit dengan SMS yang bukan-bukan.Nasihat aku hentikanlah!! bukan apa, aku cuma mohon sekelumit kasihan daripada kalian agar memberi ruang untuk keluarga mangsa bernafas.

kalau betul pun tohmahan yang kalian hamburkan itu tepat dan benar. biarkanlah! dalam keadaan yang cukup berserabut ini. resah dan gundah menanti berita tentang anak yang hilang, menghitung malam dan siang, berendam airmata pagi ke petang, apakah sesuai untuk kita menghenyak naluri dan hati keluarga mangsa dengan hujanan cacian??

sudahlah, berhenti menjadi penghukum.kalian bukan orangnya.

ini masanya kita bersama keluarga Nurin mencarinya sampai dapat! moga adik Nurin selamat dibawah Rahmat Esa dan doa semua!

10 thoughts on “Nurin Jazlin Jazimin

  1. Saya cukup bersimpati dgn nasib yg menimpa keluarga Adik Nurin. Sebagai ibu yg mempunyai dua anak, saya tahu bagaimana rasanya bila kehilangan anak yg di sayangi. “Ya, Allah, Engkau selamatkanlah Adik Nurin Jazlin, walau dimana saja dia berada dan temukanlah kembali Adik Nurin dgn kedua ibu bapanya dengan segera. Amin….”

    SNA: amin.moga lebih ramai lagi ornag seperti anda yang mendoakan keselamatan Nurin. Hanya Allah yang tahu kenapakah ujian seberat ini diturunkan buat Jazimin dan Norazian. Moga keluarganya terus tabah dan Tuhan akan mengembalikan Nurin kepada keluarganya.

  2. Assalamualaikum …

    Hari ini adalah hari lahir Adik Nurin Jazlin. Selamat Hari Lahir Nurin. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa di lindungi oleh Allah SWT.

    Sehingga kini Adik Nurin masih belum ditemui. Kepada makhluk Allah yg telah menganiaya anak kecil itu, hentikanlah perbuatan anda. Pulangkanlah kembali anak itu kepada ibu bapanya yg telah lama menderita kerana kehilangannya.

    9 bulan Puan Norazian mengandungkan Nurin, sakit yg teramat sgt ketika melahirkannya, beri didikan yg sempurna, kasih sayang yg tak terhingga, tiba2 Nurin hilang begitu saja tanpa khabar berita. Yg ada hanyalah kepiluan, kesedihan dan harapan demi harapan agar Nurin pulang dengan segera.

    Kembalikan Nurin kepada keluarganya. Kasihanilah ibu dan bapa Nurin. Harapan saya semoga usaha untuk mencari Nurin Jazlin tidak akan berhenti selagi beliau masih belum di temui. Bukan ibubapanya saja yg menantikan kepulangan Nurin, tetapi saya juga.

    Kepada masyarakat yg melemparkan tuduhan2 yg tidak berasas, hentikanlah. Daripada anda membuat dosa, lebih baik kita berdoa agar Nurin Jazlin selamat dan pulang ke pangkuan keluarganya dengan segera.

    Selamat Berpuasa.

  3. Sejak adik Nurin hilang, saya sebagai ibu merasa sangat sedih memikirkan Nurin tak dijumpai sampai sekarang. Saya sendiri ada anak sama umur dengan Nurin. Saya dapat rasakan betapa sedih dan pilunya hati ibu bapa Nurin ketika ini. Di bulan yang mulia yang penuh rahmat ini saya mengajak anda semua di luar sana berdoa agar Nurin dikembalikan ke ibubapanya dan agar Nurin dapat terlepas dari sesiapa yang menganiayanya. Saya mengajak anda semua berdoa untuk Nurin setiap kali solat anda. Saya yakin Allah mendengar dan mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kita semua. Buangkan sangkaan negatif kita dan teruskan usaha mencari Nurin. Niatkan yang kita hanya mahu menolong anak kecil ini dari kesusahan. Tak kira siapa pun atau anak siapa pun, kita mesti cuba mencari Nurin. Janganlah kita putus asa. Semoga Allah permudahkan jalan untuk menemui Nurin. Amin.

    SNA: Moga Allah mendengar rintih hati hamba-Nya.Amin.

  4. Di mana hilangnya kewarasan fikiran kita sebagai makhluk-Nya yang sempurna. Kita bukannya binatang, binatang lagikan pulak sayang akan anak-anaknya. Sesungguhnya manusia hari ini semakin kejam!Lebih kejam dari binatang. Sanggup memperlakukan budak sekecil itu untuk memuaskan nafsu, nafsu busuk! Apatah lagi sekarang ini adalah bulan suci, sanggup manusia itu mencemarkan bulan penuh keberkatan ini. Hari ini setelah terbukti mayat yang dijumpai dalam beg itu adalah mayat adik Nurin, rasa luluh hati bila membaca berita tersebut. Betapa kejamnya pembunuh adik Nurin, tubuhnya diseksa seumpama dia patung tidak bernyawa. Di mana hilangnya pertimbangan seorang manusia?. Di mana hilangnya kewarasan fikiran?. Tatkala kita umat Islam melaksanakan ibadat puasa, ada juga manusia tanpa pedoman melakukan perbuatan terkutuk ini. Tatkala ini, saya amat mengerti perasaan keluarganya. Kepada ibu dan bapa adik Nurin tabah melalui segala dugaan dari-Nya, insyaAllah ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Jadikan ia sebagai iktibar, banyakkan diri berdoa kepada-Nya. Kita sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran, saya berharap orang-orang di luar usah menghukum tanpa mengetahui hujung pangkal, tiada manusia sempurna di dunia ini. Lebih baik kita sama-sama berdoa semoga roh adik Nurin dicucuri rahmat oleh-Nya. Amin.

    SNA: moga-moga akkan ketemu jua siapa dalangnya!

  5. al-fatihah buat arwah adik nurin… takziah buat ibu dan bapanya. Saya ibu kepada 3 orang anak teramat sedih dengan kematian adik nurin… yg amat kejam … YA.. ALLAH , TURUNKANLAH PEMBALASAN DAN AZAB YANG SETIMPAL KEPADA PEMBUNUH “KEJAM”ADIK NURIN… TUNJUKKANLAH SI PEMBUNUHNYA…..

    SNA: pasti akan ada pembalasan kalau tidak di dunia di akhirat nanti akan terkena jua.

  6. assalamualaikum…
    kpd ibu… nurin jazlin sya ingin menyatakan banyak_banyaklah bersabar
    dan berdoa semoga allah dapat memberi pertunjuk kepada kita…..


    SNA:
    amin.moga roh Nurin dicucuri rahmat.

  7. tak tergambar rasanya perasaan saya pabila tahu budak yg dijumpai dlm beg bungkusan hitam itu adalah arwah adik nurin. tp saya masih bingung kenapa ada org sanggup buat kerja yg mengalah binatang terhadap budak yg memang tak tau apa2 lagi ,yang baru hendak mengenal erti hidup. takziah dr saya dan family untuk keluarga arwah adik nurin..semoga roh mu dicucuri rahmat olehNYA

    SNA: amin.Dia lebih menyayangi Nurin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s