DATARAN MERDEKA LESU?

dm1.jpg

 Bosan! itulah ucapan yang terbit dari mulut rakan-rakan yang berkunjung ke Dataran Merdeka tempoh hari bagi meraikan perayaan kemerdekaan yang ke 50.Malah ada yang mengatakan sambutan kali ini adalah sambutan paling hambar sekali.

Aku pun peliklah.Ini ulangtahun yang ke 50. Tambah pula hanya Dataran sahaja yang meraikan sambutan kemerdekaan di KL .Dengan azam mengembalikan kenangan lampau saat kita mencapai kemerdekaan, mustahil hasilnya pada malam yang diharapkan gemilang itu tawar dan kosong.

Aku pun bersoal selidik lah dengan mereka yang seharian di dataran merdeka tu. Berikut antara sebab sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka membosankan:

  1. lagu-lagu patriotik dimainkan dari jam 830-1030 malam. dan sepanjang lagu itu dimainkan tidak ada aktiviti lain yang dijalankan di dataran merdeka tersebut.

  2. Mawi muncul dengan hanya menyanyikan satu lagu sahaja-dan muncul pula penyanyi patriotik Roy mendendangkan lagu-lagu berentak patriotik. Lepas itu tidak ada artis lain yang kelihatan di atas pentas.

  3. Pasukan Brass band Victoria muncul lengkap berpakaian seragam dan pancaragam. Masalahnya, tidak pula pengunjung boleh mendengar alunan muzik yang digendangkan kerana terlalu perlahan!

  4. Tidak ada aktiviti sehinggalah Pak Lah tiba pada jam 1145mlm dan memberi ucapan. Yang baiknya ucapan diberikan selepas persembahan bunga api pada jam 1200 mlm.

  5. Selesai ucapan Pak Lah. Majlis pun selesai.

Begitulah apa yang aku dengar daripada mereka yang berkunjung ke sana. Tapi yang bagusnya malam itu memang KL sunyi tanpa bunyi hon memandangkan jalan tidak sesak pun. Syabas kepada mereka yang menggunakan pengangkutan awam.

Walaupun malam sambutan agak kering namun sambutan pada keesokan harinya dikhabarkan meriah kerana ramai pemimpin-peminpin besar serantau yang turun.

Apa cara sekalipun kita menyambutnya, meriah atau tidak yang penting adalah penghayatan kita tentang makna merdeka!

Launglah MERDEKA seribu kali pun. Tapi andai kita lupa tanah pusaka ini perlu dibela dan dijaga. Kita akan kembali dijajah semula!

Percayalah!

3 thoughts on “DATARAN MERDEKA LESU?

  1. Sapa kata x best? Saya turut serta buat persembahan hari tu kat dataran merdeka.Mmg seronok giler.Entah bila ada peluang mcm tu.

    SNA:.Sy mendengar cerita orang yang melihat persembahan.Mungkin perspektif berbeda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s