PENTERNAK PERTAHAN BABI:OPERASI DIHALANG

 

 

pigs21.jpg

 

GEMPAR kita dengan isu babi yang menjadi penghias di setiap akhbar mahupun tabloid di Malaysia. Isu penternakan babi di  Bukit Beruang, Paya Mengkuang dan Man Lok  di Alor Gajah Melaka.

 

Nampaknya isu yang dulunya hanya menjadi isu penduduk setempat sudah mula mendapat perhatian semua. Sampaikan ada juga pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk meniup sentimen perkauman dalam kalangan rakyat Malaysia.

 

Isu  penternakan babi di Alor Gajah ini bukan sesuatu asing. Malah ianya telah menghantui penduduk di kawasan sekitar sejak 50 tahun lamanya. Sama usianya dengan kemerdekaan kita.

 

Atas kesedaran bagi memastikan kebersihan alam sekitar, maka penduduk setempat telah pun melaporkan isu penternakan babi secara besar-besaran kepada kerajaan negeri Melaka dan pihak berkuasa tempatan.

 

Dilaporkan lebih 100 penternak babi di kawasan ini menternak lebih 160,000 ekor babi. Dan pastinya jumlah ini melebihi had yang di tetapkan yakni 50,000 ekor. Al maklumlah spesis binatang ini memang terkenal kerana kepesatan pembiakan nya.

 

Justeru, kerajaan melaka dan beberapa agensi lain seperti  polis, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Jabatan Alam Sekitar dan Majlis Perbandaran Alor Gajah menjalankan operasi bersepadu untuk mengurangkan jumlah babi daripada 160,000 ekor kepada 48,000 ekor.

 

Ini bagi memastikan masalah pencemaran air dan bau yang mengganggu  penduduk di sekitar Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) mengalami masalah tidak selesa-  untuk makan, belajar dan menjalani kehidupan harian akibat bau yang busuk dari ladang (babi) ini dapat diselesaikan.

 

Mungkin ada yang berpendapat bahawa tindakan kerajaan melulu dan terburu-buru. Salah! Ini kerana sudah beberapa kali kerajaan memberi amaran kepada penternak-penternak ini supaya menggunakan apa-apa cara sekalipun asalkan jumlah babi itu berkurang.Amaran diberikan sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

 

  “Jual semua babi berkenaan sebelum akhir bulan ini. Kalau tidak kerajaan negeri sendiri melalui agensi tertentu akan menghapuskannya.”

 

Malangnya, amaran kerajaan ini tak di ambil pusing pun. Tidak ada seekor pun babi yang dijual mahupun dimusnahkan.

Maka tindakan kerajaan ini boleh dijustifikasikan sebagai langkah yang tepat.

 

Bahkan ini bukan pertama kali kerajaan mengadakan operasi sebegitu. Contohnya, ladang babi di Jasin dan Bukit Rambai berjaya ditutup kerana menyebabkan pencemaran udara dan air.

 

Yang dramatiknya tentang isu ladang ternakan babi di Alor Gajah ini selain daripada cara ternakan terbuka yang dilakukan, ialah cara penternak ini mempertahankan binatang peliharaan mereka.

 

Tindakan agresif semua penternak ini antara lain ialah membaling bom petrol, menggertak pihak berkuasa dengan senjata dan lebih haru menggunakan anak sendiri untuk menghalang pihak berwajib dari meneruskan operasi.

 

2.jpg

 

Dasyat bukan? dan tindakan mereka ini memang membuahkan hasil  kerana operasi itu terpaksa diberhentikan.

Kerajaan memberi tempoh lagi sehingga 21 September ini kepada para penternak untuk menghapuskan lebihan babi yang tidak diingini.

 

Harap-harap kali ini tindakan yang benar-benar berani dan serius dapat dikenakan kepada mereka yang masih berdegil.

Sebab penternakan babi secara besar-besaran dengan menggunakan ladang terbuka pasti akan membenarkan pencemaran dan penyebaran penyakit berleluasa.

 

Kita bukan tidak bagi.

Ini soalnya tentang alam sekitar yang kita cintai.

Perlu dikongsi dan dihormati.

 

 

 

 

4 thoughts on “PENTERNAK PERTAHAN BABI:OPERASI DIHALANG

  1. ingat ek.. penternakan babi menyumbangkan sebanyak sedikit kepada ekonomi negara.. kalau setakat babi kotor, ini bermakne tak payah ternak lembu, kerbau ayam itik semua. coz semua tuu pun kotor jugak. mencemarkan jugak.

    SNA: bukan soal memberi sumbangan atau tidak. bukan juga tidak bagi bela. tapi belalah apa-apa pun haiwan dengan jumlah yang ditetapkan. tidak guna ekonomi maju tapi negara busuk dan kotor!

  2. sy bkn nk komen psl babi sngt…what the most important things now. sy cari lmn web KTIAM, tp xjumpa2 pun…bengang giler…ingat nak masuk situ januari nanti.
    so, hope u can help me!!!!!

    SNA: cik iza, i’ll try my best..kalau jumpe nati i’ll inform u ok..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s