ORANG MELAYU PALING BANYAK MAKAN KFC

419930921_3213ba50d4.jpg

Ini sekadar sisipan ringkas. Sementara aku mencari ide untuk menulis.

Tadi semasa dalam kuliah. Sambil aku menanti kehadiran pensyarah.Aku sempat membelek-belek akhbar The Sun milik Kak As. Ya, Kak As yang selalu yang selalu mengingatkan aku tentang falsafah hidupnya-“kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita di bawah!”-wee

Rancak tangan aku menyelak tiap helaian, tiba-tiba mata aku terpaku pada satu artikel yang bertajuk “KFC popular among Malays“.

Yang dilaporkan ialah keuntungan KFC Holdings yang berjaya mencatat keuntungan sehingga RM 1.2 billion setahun. Dan KFCH bercadang untuk membuka lebih banyak cawangan memandangkan sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Malaysia yang 80% daripadanya adalah orang Melayu.

Aku bukan nak cerita fasal keuntungan KFCH ni. Tak mengejutkan pun kerana lokasi bagi KFC ini memang mudah dicapai oleh semua termasuk mereka yang tinggal jauh daripada bandar-bandar besar.

Cuma aku baru sedar, yang budaya masyarakat Malaysia kini dah berubah.

Iyalah, kalau di negara-negara Eropah kita takkan pelik kalau mendengar menu harian mereka. Tak kira sarapan, makan tengah hari ataupun makan malam-menunya pasti hamburger dan french fries.

Tak sangka pula, orang-orang Melayu secara khasnya dan Malaysia amnya juga mengamalkan budaya yang sama. Bezanya mereka tidak makan hamburger lah. Malah, semasa sambutan kemerdekaan tempoh hari sahaja KFCH boleh mengaut keuntungan sebanyak RM5 juta!

Mungkin kesibukan orang Melayu sekarang ini yang mahu mengejar kemajuan dan merapatkan kesenjangan ekonomi dengan bangsa lain menyebabkan mereka ini berkunjung ke KFC.

Atau mungkin konsep moden yang ingin diamalkan oleh orang Melayu ialah dengan cara makan sebanyak mungkin makanan segera. Segalanya mungkin.

Namun yang jelas dan ketaranya ialah perubahan budaya dan selera makan orang Melayu ini sedikit sebanyak akan meninggalkan kesan kepada makanan tradisional orang Melayu seperti sambal belacan, budu, cencalok dan ulam- ulaman seperti petai, ulam raja. pegaga dan jering.

Pastilah makanan ini semakin dipinggirkan kerana kehadiran ribuan restoran makanan segera yang membanjiri segenap sekitar tempat di Malaysia.

sambal_tomat1.jpg

Begitulah cepatnya nafsu makan orang kita ini berubah. Mungkin sudah penat menggiling cili dan menumbuk belacan didapur mereka lebih suka memesan di kaunter dan makan dalam restoran berhawa dingin.

Apapun alasannya, aku mengharapkan semoga makanan kita tak kan luput ditelan kemajuan dan hanyut dibawa arus kemodenan.

Sebab aku tidak boleh hidup tanpa ulam dan belacan  ! c:

13 thoughts on “ORANG MELAYU PALING BANYAK MAKAN KFC

  1. k.ep.c rules!!!!!!!!! huhuhu

    blanje2!!! hehehe ;]

    SNA: heh my daughter.. tak da duit..minta lah abg bonzai blanja..kan dy baru menang..wee

  2. apa kata kita (orang melayu) mula pandang-pnadang makanan tradisional kita yang boleh di “fast foodkan”. Boleh aje kalau nak. Buatlah cekodok tu sedap-sedap. branding biar best. packaging biar cantik.

    SNA: inilah masanya orang kita berusaha dan berbangga dengan identiti sendiri. yakin cengkodok akan laris sama seperti nugget kalau ada rangkaian francais seperti KFC!

  3. sambal blacan dgn ulam2an mmg xdpt dpisahkn drpd hdup aku…bunyi mcm taste org tue2 je ek tp tu la aku…mse kcik2 aku mrahkn jiran sblh umah amik pucuk gajus kt tepi umah aku huhu pdahal byk lg…tamak punya psal..smpy smlm aku ada presentation sblh ptg lunch aku mkn petai pastu gaduh xnak bg nfas berbau petai nnt pening lak org lam presentation room tu……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s