RAMADHAN DATANG LAGI!

Ramadhan datang lagi bersama jutaan hikmah dan fadhilah. Ramadhan hadir dalam suasana yang begitu mendamaikan bagi setiap ummah.

Kata orang, kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi, ketiadaannya dirindui.

Begitu hebatnya Ramadhan. Menyejukkan hati dan membuka taubat buat semua insan. Mendekatkan diri pada Tuhan dengan penuh keikhlasan.

Aku yang melalui hari pertama puasa pada tahun ini, tak banyak bezanya dengan tahun-tahun sebelum. Perut yang bergendang, dan mengantuk yang tiba tanpa diundang;senario lazim bagi aku tiap kali Ramadhan menjelang.

Hari-hari biasa juga aku biasa menyeksa perut membiar kosong tanpa diisi. Kerap pula aku perlakukannya begitu..

Tapi Ramadhan ini begitu berlainan sekali rasanya.

Ianya bukan lagi tentang lapar dan dahaga semata. Jauh dan lebih dalam lagi, di bulan inilah kita boleh menyaksikan penyatuan umat Islam baik di masjid mahupun di bazaar-bazaar Ramadhan.

Ada yang rancak berjaga sepertiga malam memohon keampunan dari Allah.  Ada yang berbondong-bondong mengerjakan sunat terawih di madrasah..

Tak kurang, ada yang sibuk melakukan persiapan sempena Syawal walaupun masih terlalu awal.Di bulan Ramadhan inilah, akan terlihat segala macam manusia mengisi 30 hari yang dihadiahkan Tuhan.

Apapun caranya, puasa tetap meriah mengikut cara masing-masing asalkan tidak melanggar syariah.

Dan waktu puasa di kampus begini, banyak benda yang aku rindu untuk lakukan. Menolong Kak Yong menyediakan juadah berbuka. Berterawikh bersama arol dan ijal di surau. Ke bazaar Ramadhan bersama-sama Lisya, Lily dan Daniel.

Herm harap-harap ada kesempatan pulang berbuka bersama mereka. Mungkin hari ini.

Apapun berpuasa bersama-sama kawan-kawan di sini pun ok juga. Merayau ke serata Shah Alam untuk mendapatkan menu terbaik untuk berbuka.

Ada banyak makanan yang aku suka santap waktu berbuka kat sini. Macam, popiah S.ali yang memang sedap dan nasi kerabu yang menyelerakan.

Biasalah waktu berbuka semua pun nak dicuba. Tapi kalau sahur secawan Milo pun sudah lebih dari mencukupi.

Memang banyak yang menyeronokkan. Aku harap bukan keseronokan itu saja yang aku dapat.Moga-moga di bulan penuh barakah ini dosa-dosa aku diapunkan Tuhan. Terlalu banyak rasanya kalau mahu dihitung.

Buat kalian semua.

Aku ucapkan selamat berpuasa!

3 thoughts on “RAMADHAN DATANG LAGI!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s