HARI PERTAMA DI USIA BARU!

image045.jpg

Semalam, 17 September 2007. Usia aku beranjak ke angka 22 tahun. Mungkin muda. Tapi aku rasa sudah tua. Sedar atau tidak aku sudah lebih 2 desawarsa menumpang di bumi Allah ini. Syukur masih dikurnia umur yang panjang untuk menikmati indahnya alam ini.

Lebih tepat untuk menginsafi diri agar lebih kenal dan mengerti bahawa hidup ini pinjaman. Esok atau lusa mungkin bukan di sini lagi.

Bercerita tentang hari pertama melangkaui usia baru ini. Banyak juga perkara-perkara menarik yang berlaku. Biasalah birthday boy.haha

Bermula dari jam 6 petang aku, yasmin dan zarul bergerak ke Plaza Alam Sentral (PAS) untuk berbuka. Restoran pilihan kali ini – Kenny Rogers!wee.. Ops terlupa, Hafiz pun ada sekali.. Terima kasihlah pada Hafiz sebab sanggup datang awal dan book tempat untuk kita orang.

Selesai berbuka dengan ayam KR yang tak berapa sedap. Kita orang pun menunaikan solat Maghrib di SACC.

Habis sahaja solat,masing-masing membawa haluan. Zarul dan Kay terpaksa pulang cepat atas urusan pelajaran. Yang lain merewang ke sekitar kawasan sementara menanti jam sembilan.

Ada apa dengan jam sembilan?hee..Sambutan sempena hari lahir aku lah..Ini semua rancangan dan kehendak Yasmin.  Kalau nak diikutkan malu juga.Yelah dah besar-besar macam ini dirai sakan. Tapi dah kurang malu lah, sebab segalanya sudah diberitahu awal-awal lagi.ianya bukan kejutan.

Apapun terima kasih Yasmin kerana sudi sponsor kek.

Jam 9- semua tetamu sudah memenuhi ruang belakang Secret Recipe. Ramai juga yang datang antaranya -abg Bard dan kak Farah, Azmi dan Sam, Syafik dan Syakil, Nensi dan Mont, Aifaa dan Safuraa, tak lupa HAfiz dan Yasmin.

Seperti yang dijangka, kala aku dan lain-lain sibuk berborak, akak secret recipe pun muncul entah dari mana membawa Baked Cheese Cake berhias 4 batang lilin yang menyala. Seraya itu, kedengaran suara Mont yang sumbang menyumbat ruang dengan lagu Happy Birthday!diikuti yang lain.

Rasa terharu pula.Sungguh dalam riak kalut yang aku lakun, ianya sesuatu yang istimewa dan mengharukan. Terima kasih semua.

Selesai sahaja menjamu kek. Sesi pemberian hadiah pun berlangsung. Nak tahu apa yang aku dapat?

  1. Sweater Topman
  2. Keychain Shahrul dan Batch Nizam
  3. 3 ekor bear-oren, hijau dan merah.
  4. pengepeit comel yang terlekat dengan sekuntum bunga kecil warna hijau.
  5. Jeans

Erm itulah antara hadiah yang aku dapat. Sejujurnya bukan kerana hadiah aku gembira dan boleh lagi tertawa sampai ke telinga.

Gembiranya aku kerana masih ada lagi insan yang boleh turut gembira dan tertawa sama. Biar beredar masa.

Hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga buat Yasmin atas semua ini. Nanti birthday awak saya beli kek ek. Buat tetamu yang hadir pada malam itu.Juga buat kawan-kawan yang tak sempat meluangkan masa-terima kasih kerana masih percaya yang aku boleh menjadi teman kalian.

Moga aroma persahabatan dan persaudaraan yang terbina akan lestari mewangi sampai akhir nanti.
 

6 thoughts on “HARI PERTAMA DI USIA BARU!

  1. happy belated birthday. semoga usia yang bertambah, menjadikan diri semakin matang dalam mentafsir kehidupan ini.

    SNA: terima kasih.moga hidup mudah semakin mudah ditafsir.

  2. happy besday to you…semoga apa yang di impikan akan menjadi kenyataan..ye lah kita kena sadar<Kita ada karenaNYA..dan suatu hari nanti kita juga akan pergi karanaNYA..kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang,menghargai apa yang kita ada dan menghargai insan2 yang selalu berada di samping kita,yang menemani kita di kala susah ataupun senang..semua itu adalah HADIAH yang tak ternilai harganya,karena kita tak akan dapat membelinya dengan UANG.,,apa2 pun hepi besday to you…

    SNA: tq.moga mendapat keberkatan sepanjang hidup dari-Nya.amin

  3. salam bro. happy belated birthday ^_^. mmmm just wondering, if u are 22 this year, and you are from jalan pusara, we were supposed to be in the same primary school , are’nt we? *hmmm macam kenal*

    SNA: tq for ur wish.. nwei im from jln tanjung..sori my short term memory ni lemah cket.. kalau tengok mungkin kenal..kalau tak kenal pun tak pe..ruang ukhwah sentiasa terbuka dan sedia dijalin..c:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s