PERLUNYA NIAT DAN KESABARAN

Penat. Tak tahu lah kenapa.Bukan kali pertama berpuasa.Bukan juga kali pertama berjalan kaki dan menggalas laptop ke fakulti. Tapi entah.

Pulang sahaja dari terawikh malam tadi.Kemas-kemas baju yang baru diangkat dari ampaian. Terus lelap.Pelawaan Mahzuan untuk ke Bukit Raja menonton wayang dengan Hafiz ku tolak mentah-mentah.

Mengharap dan berdoa pada Allah moga Dia menerima segala yang aku lakukan.Merestui perjalanan Ramadhan aku ini. Moga segalanya berpenghujung dengan senyuman atas pahala balasan Tuhan.Moga-moga.

Pergi ke kuliah tadi.Rasa pening-pening.Lebih pening bila melihat markah assignment OSHA.Ya Tuhan!sumpah teruk. Sedih pula bila lihat Im di sebelah menangis kerana berkongsi markah yang hampir sama. Perempuan,begitulah cara melempias kesedihan dan kekecewaan.Faham.

Aku pun faham kenapa aku dapat markah yang begitu teruk.Sebab tak faham arahan.Aku redha.Ini mungkin ujian buat orang yang berpuasa.Aku kembali tersenyum.Aku puas kerana sekurang-kurangnya markah itu atas usaha aku sendiri.

Bukan macam sesetengah orang yang buat assignment dengan copy bulat-bulat orang punya.Kesian pula aku tengok orang yang bagi tiru (atas dasar kawan) kena tolak separuh dari markah assignment tu.

Tempoh hari,waktu ujian OSHA.Sungguhpun sudah acap kali diperingatkan oleh Dr Wan.Masih ramai juga yang meniru. Bawa nota sebesar-besar alam ke kelas waktu ujian. Wajarlah Dr Wan menyindir-“Bsc dengan kepujian-tapi meniru!”

Aku pula rasa malunya. Entah,memang aku tidak pandai dan tidak baik sangat.Cuma aku mungkin terlalu takut untuk meniru. Bagi aku tiada maknanya kalau meniru pastu dapat markah tinggi.Biar rendah asalkan tak meniru.

Sebab itu niat belajar ini ramai(termasuk aku) yang sudah tersalah arah. Belajar untuk dapat Anugerah Dekan, belajar untuk kerja, belajar sebab tak tahu nak buat apa. Salah!

Belajar adalah ibadah.Fardhu kifayah.Wajib bagi umat Islam. Bahagia dunia akhirat-itu janji Tuhan.
Jadi agak tidak molek.Kalau ibadah, kita tipu-tipu. Sebab Tuhan itu Maha tahu.

Ini peringatan buat aku juga.Jangan ambil mudah semua perkara.
Apa jua perbuatan niat perlu diperbetulkan. Sabar menerima apa jua dugaan.Amin.

3 thoughts on “PERLUNYA NIAT DAN KESABARAN

  1. Assalammualaikum
    Saya telah memetik sebahagian dari artikel anda
    Terima kasih

    SNA: sama-sama.tidak apa.saya pun meminjammnya dari Tuhan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s