AL FATIHAH BUAT NURIN

1635007279.jpg

Anda mungkin sudah pernah melihat wajah si comel ini. Hampir semua akhbar memaparkan gambar yang sama minggu lalu.

Dan aku bukan mahu mencuri ruang dan kesempatan, menjaja berita adik Nurin agar dapat meraih perhatian. Bukan! Kerana aku tahu bukan aku seorang yang punya rasa sedih dan geram dengan isu ini.

Setelah lama tidak menulis dalm blog ini. Berat untuk aku menukil kisah adik Nurin. Tapi aku cuma mahu menyampaikan rasa hati sebagai seorang manusia yang punya perasaan.

Sumpah! Tiap kali aku pandang gambar Nurin yang merengkok di dalam sebuah beg ini. Hati aku akan diselaput sayu dan hiba yang amat sangat.

Mungkin aku teralu berharap agar Nurin dijumpai dengan selamat. Agar keluarganya akan menangis terharu dan gembira kerana dapat berjumpa dengan Nurin semula. Tapi Tuhan lebih menyayangi Nurin daripada kita semua.

Hati mana yang tidak akan pedih, kalau kanak-kanak sekecil ini boleh dijadikan habuan nafsu songsang insan yang tak punya perimanusia.

Akhirnya seorang kanak-kanak comel yang tidak berdosa menjadi mangsa. Adik Nurin mati kerana dijangkiti kuman pada usus akibat disumbat timun dan terung ke dalam kemaluannya.

Ini bukan kali pertamanya kita berdepan dengan kes penderaan seksual.

Masih berbekas dan menyala dalam ingatan peristiwa yang meragut nyawa adik nurul Huda. Dijumpai dalam tandas di pos pengawal TNB dalam keadaan telanjang dan mencangkung.

Aku hanya mampu mengucap panjang. Ngeri kalau aku ingin bayangkan. Tapi teramat geram dan marah dengan perilaku manusia yang semakin hilang kewarasannya.Teramat.

Tapi ini hanya perasaan aku yang mungkin tidak ada apa-apa pertalian darah dengan Nurin.

Kita pasti tidak dapat merasa getirnya dugaan yang ditanggung keluarga Nurin. Lebih-lebih lagi ibu dan bapanya.

 Hati ibu bapa mana yang tak akan luluh bila melihat anak yang selama ini tertawa riang dan bersemangat akhirnya mati dalam keadaan menahan sakit yang teramat.

Moga Allah sahaja yang boleh membalas kejahatan buat si pembunuh durjana.

Buat semua, hari ini mungkin bukan kita yang melalui semua ini. Esok lusa siapa tahu nasib kita. Saat ini aku hanya membayangkan wajah-wajah insan tersayang. Risau kalau-kalau diperlakukan sama seperti Nurin.

Saya amat berharap agar masyarakat, ibu bapa dan pihak berkuasa benar-benar serius dalam menghapuskan jenayah seksual di kalangan kanak-kanak.

Ini masanya untuk mengota segala kata bukan lagi menabur janji manis semata!

Tapi tolong jangan ditahan ibu bapa Nurin. Masih belum kering lagi air mata meratapi pemergian Nurin. Ini bukan hukuman yang wajar. Kematian Nurin sudah cukup berat untuk diterima Jazimin dan Norazian.

Kenapa orang lain punya angkara, mereka pula yang dimasukkan ke dalam penjara?

Cuma, kepada semua.Ini saat kita bersatu. ” Kita memerlukan satu kampung untuk membesarkan seorang anak”

Beban untuk menjaga anak bukan pada ibu bapa sahaja, malah masyarakat dan pihak berkuasa. Kerana ini tanggungjawab kita bersama.

Tidak salah untuk jaga tepi kain orang asalkan kena tempatnya.

Buat keluarga Nurin, saya doakan agar anda semua tabah menghadapi dugaan ini. Allah maha mengetahui hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Saya harapa agar kalian tenang menghadapi hari-hari mendatang.

Doakan moga syurga sahaja tempat yang selayaknya buat arwah Nurin Jazlin Jazimin.

AL FATIHAH!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s