FAKULTI AKU TERBAKAR!

 Habis sahaja menjawab kertas ujian MST510. Aku cepat-cepat keluar dari bilik 407. Pantas mengejar waktu kerana selepas ini ada ujian CMT556 pula-carbonyl chemistry.

Curi-curi waktu untuk refresh semula untuk ingat kembali apa yang aku study malam tadi.Di McD. Seorang diri.

Fuh! memang memenatkan. Tahu sajalah, kalau carbonyl ni terlalu banyak mechanism yang kena hafal dan ingat.

Tidak apa.Ini revision untuk final nanti-kata Yasmin.

Aku masuk ke dewan kuliah, diiring Kak As dan Kak Anep. Mengambil tempat duduk seperti biasa.

Tiba-tiba. Kak As menjerit.” ada bilik terbakar!!”

Apa lagi.Aku dan yang lain-lain yang tadi tekun menghafal.Bingkas bergegas ke tingkap berdekatan untuk mengesahkan.

“A’ah, makmal tu terbakar!” jerit Hasbul.

Ramai juga yang meninjau-ninjau dari dalam. Mungkin pengalamn pertama mereka, seperti aku juga.

Lama juga kami perhatikan makmal itu. Makin lama, makin banyak kepulan asap yang menguasai ruang blok B fakulti.

Budak-budak mula kaget.Bimbang nanti ada letupan. Jarak kami dengan makmal itu pun tidak sampai 50 meter.

Mujur ada juga yang bijak menghubungi pihak fakulti dan memberitahu mengenai kebakaran tersebut. Walau ada lagi yang masih keras di bangku menelaah dan menyalin nota sebagai toyol untuk ujian nanti.

Selang 10 minit kemudian, beberapa orang technician datang.Memecahkan tingkap. Tujuannnya?aku pun tak pasti. Semakin pekatlah asap hitam yang menutupi kaki bangunan sekitar.

Lebih menariknya, 5 minit kemudian kedengaran siren bomba yang datang bagi memadam api (yang aku sendiri tidak tahu darjah maraknya). Menarik sebab ini juga pertama kali aku melibat kerja-kerja bomba ini dilakukan.Uhuks!

Pintu makmal dirempuh dan api berjaya dikawal.

Punca kebakaran tidak pula aku siasat. Tadi waktu balik dari kuliah aku sempat juga menjengah.

Hanya kelihatan bangkai komputer yang masih panas terbakar. Mungkin itu puncanya.

Ini sudah kali ketiga makmal di fakulti ada masalah. Dua insiden sebelum ini, hanya letupan kecil sahaja, kali ini lebih dasyat lagi.

Harap-harap kejadian ini tak berulang lagi. Terasa seram pula mahu ke makmal untuk melaksanakan projek tesis yang baru saja mahu bermula.

Moga akan ada sistem keselamatan yang lebih efektif bagi menjamin nyawa para pelajar dan penghuni fakulti.

3 thoughts on “FAKULTI AKU TERBAKAR!

  1. ciannye….
    nasib baik ko tak de dlm makmal tu…
    kalau x tambah tanning lah ekk…
    gurau jer k

    SNA: duk kat luar makmal pun da legam nie..hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s