McD TAK SENSITIF!

mcdonalds1.jpg

Lepas terawih semalam. Aku Yasmin dan kak Farah study kat McD. Study untuk test hari ni.

Petroleum industry. Uh! banyak lagi yang tak dibaca.

Abg bard turut serta. Sebagai pemerhati.Hehe
Selalu aku study seorang jer. Kali ini ramai orang teman. Meriah sikit.

McD pulak ramai gila orang. Berbondong ke McD untuk , makan (setelah seharian berpuasa), dan paling ramai mengakses perkidmatan internet percuma. Peliknya bonzai tak ada pulak. Haha.

Duduk kat level atas pun ramai orang. Tapi nasib baik, ada meja kosong.

Seronok study kat McD ni. Bosan-bosan boleh pekena Ribena atau Chicken Foldover.Memang Yummy!

Aku puji strategi promosi yang McD buat ni.Memang berkesan. Tak hairan dia orang boleh jual makanan hampir kat semua negara.

Cuma, ada satu benda yang menggambarkan yang McD ni tak sensitif.

Yelah, just imagine, level atas McD tu hanya dibuka sampai jam 12 malam sahaja. Pelik!

Sedangkan konsepnya adalah 24 jam.Kenapa bahagian bawah je yang dibuka operasinya terus menerus. Yang kat atas pulak, 12 jam jer.

Tak faham pulak.Sebab time puasa ni ramai orang yang datang nak melepak kat situ. Tapi kena halau. Bila turun bawah pulak penuh.

Kalau tak penuh pun, ramai sangat orang, sampai berbahang satu McD.

Tak tahulah apa yang dia orang fikir, mungkin tak nak orang lepak lama-lama kat situ. Kena makan dan blah.

Kalau nak stay lama-lama kena beli banyak-banyak.

Ataupun dia orang taknak selerakkan banyak tempat, sebab tak ramai pekerja waktu malam-malam. Nanti penat dan tak larat pula nak puasa esoknya.

Apapun alasannya, kita orang sebagai pelanggan ni memang rasa tak best dibuat macam tuh.

Kami kalau datang bukan nak dapat internet free dan aircond jer. Kalau macam tu, kat office Abg Bard pun ada. Betul tak Abg Bard?

Kenapa McD?sebab kami nak makan lah. Comfirm makan!

Sensitif lah sikit dengan kehendak semasa customer.Ramai customer so bukaklah level atas tu 24 jam jugak. Kedai Hakim yang hanya popular kat Shah Alam ni pun bukak level atas kalau ramai orang.

Kalau tak nak rugi.Tak payah bagi internet free.Tak payah bukak aircond.

Lagi jimat, buat satu tingkat jer. Lagi senang nak diuruskan. Tak pun buka je 12 jam sehari.Kan tak penat.

Sepatutnya, dah jadi syarikat multinasional, tak timbul benda remeh macam ni. Kan?

3 thoughts on “McD TAK SENSITIF!

  1. bagaimana agaknya test ini? senang susah? atau bayangan McD bermain di kepala semasa test berlangsung?

    SNA: test susah. susah juga lagi mahu membayangkan McD kalau dah polisinya mcam tuh.wee

  2. jgn laa emo2…nnt kiter buka puasa ehh..kat burger king plak..hehe..aper kene mengena emo and buka pose eh…ehhe..:P

    SNA: ko blanja aku buka.baru aku tak emo.wee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s