JANTUNG BARU BUAT HUI YEE!

Mungkin ramai manusia hari ini semakin hilang sifat manusianya. Sudah semakin ramai yang menyanyi riang dengan salutan mazmumah. Ramai.

Tapi dalam ramai yang begitu, masih ada insan yang punya hati tulus menderma organ buat mereka yang memerlukan. Sungguh aku benar-benar terharu dengan tindakan kalian.

Akhirnya setelah setahun menanti dengan hanya bergantung pada jantung mekanikal, adik Hui Yee sudah mendapat jantung dari penderma yang telah pun meninggal dunia.

mh_01_small.jpg

Sungguhpun jantung yang diterima dari seorang budak lelaki Melayu yang berusia 15 tahun itu tidak sesuai dengan badan Hui Yee. Namun kesudian keluarga lelaki itu untuk mendermakan organ, amat bermakna.

Hui Yee dibedah lagi, kali ini dengan jantung yang didermakan oleh seorang penderma dari Johor Bharu. Moga jantung yang baru ini akan mudah serasi dengan Hui Yee. Moga-moga.

Begitu besarnya pengorbanan yang kalian lakukan. Demi menyelamatkan satu nyawa yang bukan pun ada pertalian darahnya dengan kalian.

Percayalah akan ada balasan dari Tuhan di hari kemudian.

Cuma aku rasa ralat, masih ramai yang enggan mendermakan organ bagi membantu para pesakit yang saban hari menunggu.

Untuk jantung dan paru-paru ada 13 lagi pesakit yang memerlukan.Itu belum lagi dicampur dengan pesakit yang memerlukan kornea dan buah pinggang. Pasti lagi ramai.

Dalam Islam, mahupun agama-agama lain tidak dilarang untuk mendermakan organ. Selagi mana ianya atas persetujuan si penderma.

Aku mohon agar lebih ramai lagi di antara kita (termasuk aku) membuka hati untuk menderma. Agar lebih banyak nyawa lagi yang boleh diselamatkan.Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s