HARGA MINYAK NAIK LAGI!

war3.jpg

Seronok-seronok raya. Ada juga berita yang tak seronok nak di dengar (mungkin ada juga orang yang seronok). Berita harga minyak naik.

Huhu. Bukan calang-calang naiknya. Khabarnya ini rekod tertinggi. AS$87.96 (RM295.54) setong.

Sebenarnya, kenaikan harga minyak ni agak klise lah. Dan aku tidak mahu menjadi antagonis. Walau menjadi seperti itu benar baik untuk mematangkan kita. Kan bonzai??c:

Ia lah, kalau harga minyak naik, mesti semua harga barang pun naik.Kalau kerajaan kita nak tarik subsidi pun, tidak apa. Mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.  Tak tertanggung dah beban kerajaan nak bagi subsidi banyak-banyak.

Sebab itu aku nak cerita pasal kes Turki dan puak Kurdish ni, yang menyebabkan harga minyak ni naik.

Kerajaan Turki pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan begitu bersungguh mahu menghapuskan puak Kurdis yang dikatakan kini berada di utara wilayah Iraq.

Dia dah pun memohon kebenaran Parlimen agar tindakan ketenteraan  ke atas pangkalan pemberontak Parti Pekerja Kurdistan (PKK) di wilayah autonomi Kurdish Iraq.

Dan Iraq melalui Nuri Al-Maliki sudah pun mengadakan mesyuarat tergempar dengan kabinetnya bagi membincangkan isu ini sementelah ianya melibatkan sempadan antara dua buah negara.

Huhu. Kesian Iraq.Baru je nak pulih dari sakit kena serang dengan Amerika. Kali ini bertegang urat dengan jiran sendiri pulak.

Senario ini tentulah membimbangkan.Sebab waktu Iraq kena serang hari tu pun harga minyak dan naik. Ni kalau perang lagi berlaku kat Iraq yang memiliki simpanan minyak mentah ketiga terbesar di dunia, harga minyak pastilah melonjak naik.

Mungkin ini langkah terbaik pada hemat Turki sendiri setelah gagal mencapai kata sepakat dengan Iraq bagi memerangi 3500 pemberontak Kurdish ni.

Apa pun, kita tunggu dan lihat je. Saat dan waktunya kita akan mengadu lagi penat mahu membayar itu dan ini kerana harga minyak naik lagi.

2 thoughts on “HARGA MINYAK NAIK LAGI!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s