SATU HARI DI HARI RAYA

Hari ini sudah hari raya yang ke 5. Sudah 5 hari meninggalkan bulan Ramadhan.Bulan penuh rahmat dan keinsafan.

Aku pun sudah 2 hari di Shah Alam. Segera kembali untuk mengulangkaji pelajaran.Alhamdulillah, ianya bukan sekadar alasan.

Hari raya- hari kemenangan buat umat Islam yang berjaya melepasi dugaan bulan puasa. Untuk itu bukan ucap maaf dan salam sahaja yang boleh dilakukan pada bulan Syawal ini. Ucapan tahniah jua harus disusul sama. Tahniah buat semua.

Raya tahun ini.Seperti biasa sudah kali ke 6 beraya tanpa abah. Apa yang aku rasa juga sama. Hehe. Dah besar panjang pun masih rindu dibelai orang tua.

Sungguh begitu, meriah tetap aku rasai. Melihat Kak Yong membuat persiapan terakhir di malam raya.

Mama pula jauh di mata. Tapi sungguh sudah semakin dekat di hati. Entah kali ke berapa aku pun tidak pasti bermaafan hanya melalui telefon bimbit. Tanpa merasa hangatnya tangan mama. Tanpa kucupan mesra ditangannya. Moga segala dosa anak mu yang daif ini terampun jua.

Di pagi raya, selesai bersolat sunat Aidilfitri, aku menziarahi kubur arwah abah. Sayu benar rasanya saat kalimah suci Al-fatihah dilafazkan.

Teringat pula segala pesan abah yang memang sentiasa berguna buat aku menjalani kehidupan ini. Terima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang abah beri selama hayat abah di dunia.

Doaku moga abah sentiasa aman di dunia sana. Dunia yang hakiki.

Segalanya akan jadi manis kalau kita tahu menghargai setiap satu nikmat pemberian Tuhan. Kalau kita tahu bahawa segalanya pinjaman. Andai kita mengerti bahawa ujian dan dugaan khas buat mereka yang beriman.

Allah, aku hanya hamba-Mu yang lemah. Aku hanya mahu keredhaan Mu. Dunia  dan akhirat.

Buat semua, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada hidup aku. Jutaan maaf aku pohon dari kalian kerana aku tahu terlalu banyak kesilapan yang aku lakukan sepanjang aku mengenali kalian

Selamat Hari Raya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s