HOWARD=COWARD?

Macam-macam versi orang hadapi pilihan raya ni. Di Karachi, orang sambut dengan bom berani mati. Sampai 136 orang sanggup mati untuk sambut Bhutto.

Di Australia pun tak kurang juga hebatnya. Alah,biasalah bila isu melibatkan pemimpin teratas negara, mestilah hangat dan kontroversi.

John Howard-presiden Australia baru-baru ini diasak dan dikecam bertubi-tubi oleh media negara itu kerana dikatakan memutuskan siaran langsung yang ditayangkan oleh Channel Nine.

Ini gara-gara saluran TV tersebut menyiarkan graf sokongan rakyat Australia terhadapnya semasa perdebatan mengenai isu Iraq dan ekonomi yang dianjurkan oleh Kelab Akhbar Kebangsaan disiarkan oleh 3 rangkaian TV Australia secara serentak (termasuk Sky News dan ABC).

Dilaporkan saluran itu ditonton hampir 1.4juta penduduk Australia.

Graf turun naik yang disiar oleh saluran itu menunjukkan sokongan yang semakin menurun terhadap Howard dan sebaliknya terhadap Kevin Rudd (pemimpin Parti Buruh yang berhaluan kiri-tengah) hasil dari reaksi dari 90 pengundi atas pagar cukup merisaukan Howard yang bakal bertanding pada pilihanraya 24 November ini.

Sebab itulah Channel Nine terpaksa diputuskan siarannya sebanyak dua kali. Mujur ada belas kasihan dari Sky News dan ABC yang menyambungkan siarannya sehingga perdebatan itu tamat.

Aku tak hairan kalau ini kerja Howard yang memang COWARD (baca: pengecut). Ialah, sudah jadi ketua negara siapa nak bantah cakap dia!

Nak pulak sudah ada kuasa. Jadi gunakan jelah! Waktu-waktu macam inilah (pilihanraya) kita kena pandai guna kuasa.

Tapi, nasib baik kat Malaysia tak macam tue. Tak ada bom berani mati dan tak ada pemimpin gila kuasa macam Howard.

Walaupun sudah hampir menjelang pilihanraya, tapi semuanya baik-baik saja. Paling kecoh pun ada rusuhan-rusuhan kecil saja.

Huhu. Beruntungnya-berada di Malaysia!

3 thoughts on “HOWARD=COWARD?

  1. Beruntung berada di Malaysia!… ouls masih mentah rupanya!
    Even mak sendiri pon malu dengan gelagat mak hayam hakim kita berjajalah dengan mamak hindustani berkenaan dengan pelantikan Hakim… apa-apa entah perbualan…

    Peristiwa berdarah di Malasie ini dah lama dah bermula… yang akan tiba ini, bakal berlakulah!

  2. Hm.. Untung ke? Untung kerana tidak banyak peristiwa berkaitan politik di Malaysia berlaku. Tapi, siapa yang mahu mendengar rintihan hati rakyat tersepit seperti rakyat Malaysia ni?

    SNA: mungkin itu kerugian yang harus dibayar untuk keuntungan yang kita dapat!

  3. untung kita di Malaysia ye pak.
    siaran tv takde yang diputuskan.
    sekadar akhbar yang dikontrol dan diikat hidungnya supaya mengikut rentak&irama kerajaan..berita yang sampai beribu kali diedit. heh.

    SNA: Mungkin sesetengah akhbar. Pihak pembangkang masih bebas rasanya mengeluarkan akhbar masing-masing tanpa sebarang sekatan.kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s