ZOURKHANEH-GIMNASIUM TRADISIONAL?

Perhati betul-betul.

Pernah anda lihat atau pergi gimnasium semacam ini?

Yang pasti ini bukan Fitness First atau Celebrity Fitness.

Ini adalah  gimnasium tradisional yang masih digunakan oleh atlit Iran sebagai latihan mereka membina kecergasan. Ia juga dikenali sebagai Zourkhaneh (House of Strength)!

Atlit Iran dalam gambar tersebut ialah Hamid Reza Salimi sedang mengangkat beban (batu atau dikenali sebagai Sang) seberat 40kg di sebuah gimnasium yang terletak di daerah Qazvin 91 batu dari barat Tehran.

Gymnasium ini dikatakan wujud untuk melatih mereka yang terlibat dalam sukan Pahlavani (sejenis disiplin gimnastik dan gusti di Iran) pada abad ke 8 lagi sejajar dengan perkembangan sufi Islam dan mendapat perhatian pada abad ke 19 sewaktu pemerintahan Nassar al-Din Shah.

Sudah lama rupanya Iran berkecimpung dalam dunia gusti ini.

Dan mungkin inilah rahsia Iran sering menjadi sebutan dalam dunia gusti di peringkat Olimpik. Kerana setiap kali penyertaan mereka, mereka jarang pulang dengan tangan kosong.

Contohnya, Gholamreza Takhti (perak 1952; emas, 1956; perak, 1960), Abdollah Movahhed Ardabili (emas, 1968), Mansour Barzegar (perak, 1976), Askari Mohammadian (perak, 1988), Amirreza Khadem Azghadi (gangsa, 1992), Rasoul Khadem (emas, 1996), Alireza Dabir (emas, 2000), Alireza Rezaei (perak, 2004).

Prestasi yang cukup membanggakan bukan?

Mungkin di Malaysia perlu ada satu Zourkhaneh supaya atlit kita juga boleh cemerlang di Olimpik!

7 thoughts on “ZOURKHANEH-GIMNASIUM TRADISIONAL?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s