TOLONG JANGAN BUNUH DIRI!!

Ini satu bentuk rayuan buat semua orang yang membaca blog aku ini.

Tidak kira apa pegangan dan agama kalian, aku rayu supaya kalian jangan sesekali menghampiri gejala yang tidak bermoral ini.

Tolong JANGAN!

Kenapa aku risau sangat?

Tadi waktu aku baca Harian Metro, ada seorang siswi IPTA di ibu negara cuba untuk bunuh diri.

Huh! terkejut aku. Seorang penuntut IPT pun tidak boleh lagi berfikir secara rasional.

Tapi aku tak salahkan budak perempuan ni. Sebab tidak semua orang boleh menghadapi tekanan dengan baik.

Adakalanya, bila ada masalah, manusia mudah hilang pertimbangan. Dan cara terbaik bagi mereka adalah dengan membunuh diri untuk lari dari masalah.

Banyak punca yang boleh menyebabkan seseorang membunuh diri, antara lain kematian orang yang disayang, penceraian ibu bapa, pengangguran dan masalah kewangan.

Memang tidak aku nafikan untuk menghadapi semua keadaan tersebut tak semudah yang disangka. Tapi itu tak bermaksud yang kita perlu membunuh diri untuk menjustifikasikannya.

Justeru aku nak kongsi dengan kalian semua cara-cara untuk mengatasi tekanan dengan bijak.

1. Tarik nafas dalam-dalam

2. Urus masa denga baik

-Jangan tamak untuk menghabiskan semua kerja dalam satu masa. Take your time!

3. Berhubung dengan orang lain

– Jangan bersendiri. Berhubung lah dengan sesiapa sahaja yang anda kenali.

4. Ekspresi tanpa limitasi

– Ini penting! untuk meluahkan apa yang anda rasa kepada orang yang anda rasa selesa.

5. Lakukan aktiviti fizikal

– Jangan duduk diam dan berkurung dalam bilik. Lakukan apa jua akitiviti kecergasan.

6. Jaga makan dan tidur

– Jangan dera badan anda dengan tidur yang tak cukup atau makan makanan yang tak berkhasiat.

7. Ketawa.

– Ketawa. Baca komik, tonton cerita-cerita yang kelakar atau geletek diri sendiri.

8. Menangis.

– Kalau tak boleh gelak.menangislah puas-puas. Buang jauh-jauh perasaan yang gundah gelana.

9. Jauhi dadah!

– Jangan mengambil dadah atau ubat yang boleh melalokkan anda!sebab takkan membantu untuk menghilangkan

tekanan. Nanti anda akan ketagih.

Itu adalah 9 tips yang aku petik daripada Jabatan Kaunseling, UiTM.

Aku harapkan dapat membantu mereka yang mengalami kemurungan dan tekanan.

Percayalah membunuh diri buka penyelesaian masalah!

7 thoughts on “TOLONG JANGAN BUNUH DIRI!!

  1. baca karya Nick Hornby, A Long Way Down. Tentang beberapa orang yang ingin membunuh diri.

    Kalau kau nak bunuh diri, itu buku terbaik untuk dibaca. Tapi baca sampai habis. Kalau baca separuh lagilah nak bunuh diri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s