CCTV JALUR LEBAR PERTAMA ASEAN DI PULAU MUTIARA?

Seronok juga aku dengar berita ini. Selalu kita (Malaysia) jadiorang yang paling belakang dalam macam-macam benda.

Hari ini, kita pulak duduk depan. Satu perubahan yang baik.

Tahniah buat Malaysia dan Pulau Pinang secara khususnya kerana telah menjadi negara/ negeri pertama yang mempunyai kelengkapan kamera litar tertutup (CCTV) jalur lebar pertama di ASEAN.

CCTV jalur lebar yang berkapasiti 4.9 gigahertz(GHz)  dan bernilai RM5.8 juta sudah pun siap di pasang di 31 buah lokasi  di Pulau Pinang.

CCTV ini dilengkapi sistem pembesar suara yang memudahkan orang ramai mengesan kebakaran, kesesakan lalulintas, tsunami kemalangan dan sebagainya.

CCTV yang dilaksanakan di bawah Sistem Kawalan Keselamatan Bersepadu Pulau Pinang (PIPS) telah ditempatkan di beberapa kawasan utama seperti:Jalan Penang, Persiaran Gurney, Lebuh Farquhar, Terminal Bas Ekspres Sungai Nibong Simpang Enam Komtar, simpang Jalan Masjid Kapitan Keling, Ayer Itam dan sekitar Bukit Jambul.

Memang tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) amat tepat memandangkan kadar jenayah sudah semakin meningkat.

Sepatutnya pemasangan CCTV jalur lebar ini dilaksanakan dari dulu lagi dan perlu meliputi semua negeri di Malaysia.

Mungkin, kerajaan tidak punya banyak ongkos. Maklum saja, projek angkasawan pun sudah menelan berbillion ringgit.

Faham.  Melancong ke angkasa lebih penting daripada keselamatan di bumi sendiri.

Harapnya, selepas ini akan lebih banyak negeri yang mengikut jejak langkah Pulau Mutiara ini. Iyalah, sampai bila kita nak guna CCTV yang hitam putih tu.

Nanti kena hantar ke FBI pulak.Kan susah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s