EKSPRESI LATIHAN INDUSTRI-1

alhamdulillah, akhirnya aku dapat juga tempat untuk melunaskan latihan industri aku. Di CCM Fertlizers Shah Alam.

Bersyukur-kerana masih diberi peluang berkali-kali oleh Tuhan.

Sudah lama aku tidak menumpahkan sesuatu yang baru buat tatapan semua. Terlalu sibuk atau  penat dengan jadual latihan industri yang agak padat.

Mungkin kerana aku terlalu baru untuk semua ini-aku harap nanti-nanti boleh sesuaikan diri.

Untuk entri kali ini-pengenalan terhadap kawan-kawan sekerja aku di makmal. Untuk entri-entri yang akan datang aku akan cerita pula apa yang aku lakukan di makmal dan kisah-kisah menarik sepanjang latihan industri.

Pertama sekali, aku nak cakap terima kasih kepada mereka yang sangat mengalu-alukan keahdiran aku di situ. Sungguhpun pada hari pertama aku sudah lewat dan dimarahi Miss Teh-HR Officer. Tapi aku tidak kisah. Pada aku itu semua tidak bisa memusnahkan semangat aku di hari pertama.

Selesai berjumpa Miss Teh, aku dipos pula kepada Miss Siti Noorhanna Saidin-Senior Executive untuk Lab Department.

Cantik Miss Hanna dan orangnya cukup berdedikasi, bersemangat dan serius dalam melakukan tugas hariannya. Kemudian, setelah dibelanja secawan teh tarik, aku ditempatkan di makmal yang diuruskan oleh Mr Chandran-seorang yang amat serius dan sukar menghadiahkan senyuman. Tapi amat bagus dalam kerjanya.

Di makmal lah, aku mengenali beberapa kawan baru dari pelbagai peringkat usia dan keturunan.

Basid- mat kelantan yang tekun.

Deddy-mat sarawak yang suka datang kerja sejam awal.kagum.

Magan-seorang penyelia yang amat penyabar.

Surya- seorang yang amat suka berjenaka dan fasih berbahasa Melayu.

Loga-kawan baik Loga dan suka membawa kuih-muih ke makmal. sedap.

George-satu-satunya pekerja berbangsa Cina di makmal dan gemar bersiul.

Shahrul-secara kebetulan mempunyai nama yang sama dengan aku-Shahrul Nizam. Yang berbeza, namanya ada Muhammad di pangkal.

Nazri-pekerja shift yang jarang-jarang kelihatan.

Huhu. Mereka ini semua best. Nanti aku cerita lagi.

Sekian dulu buat kali ini.

2 thoughts on “EKSPRESI LATIHAN INDUSTRI-1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s