EKSPRESI LATIHAN INDUSTRI-2

Assalamualaikum semua

Sudah 2 minggu tidak menjenguk laman blog.. terlalu lama bagi aku yang memang berkawan dengan blog ni.

Terlalu banyak perkara yang kena buat. Selain latihan debat di raja yang memang memenatkan aku juga terpaksa melalui saat-saat ‘manis’ bekerja pada waktu malam.

Ya. Shift malam.

Jam 7 malam hingga ke jam 7 pagi. Buat pertama kalinya terpaksa menahan kantuk. Penat apatah lagi. Mana taknya terpaksa bertugas luar dari tugas yang biasa.

Selalu aku hanya perlu membuat analisis bagi sampel setiap jam dari loji. Untuk 2 malam ini pula aku kena mengambil sampel dari loji setiap jam. Jadi sample man.

Kalau analisis tidak diterima maka sampel akan diambil 45 minit kemudiannya.

Dengan keadaan loji yang memang panas dan berhabuk-ia merupakan sesuatu yang amat berharga untuk aku di sini. Dust mask yang Mr Chandran bagi pun aku tak tahu letak kat mana.Kalau dia tahu sure mengamuk punya.haha.

Hanya berbekalkan safety helmet aku daki tiap inci anak tangga yang licin diselaput air dan baja urea. Mujur tidak ada insiden yang tak elok yang jadi.

Cerita-cerita seram mengenai loji tersebut aku padamkan awal-awal dari fikiran. Sebab tak nak ianya membantutkan kerja aku pulak  nanti. Tapi rasa takut masih lagi bersisa sementelah terpaksa berseorangan ke loji lewat-lewat malam. Huhu.

Seksa kekal selama 2 malam sahaja dan terus mengakhiri shift malam dan tugas aku sebagai sample man.

Dan lepas tu aku terus ambil cuti selama 6 hari kerana  mengambil bahagian dalam Pertandingan Debat Di Raja 2007 yang diadakan di UiTM sendiri.

Alhamdulillah, walaupun sedikit kecewa kerana tidak berjaya membawa piala untuk UiTM kami boleh berpuas hati kerana mendapat Naib Johan bagi kategori Bahasa Melayu Muda, Naib Johan Bahasa Inggeris Utama, Separuh Akhir Bahasa Melayu Utama.

Walaupun kata Bonzai-kekalahan bukan satu kesalahan- tapi aku masih mahu memohon kemaafan dari UiTM sendiri, Abg Bard, ahli kelab debat, rakan-rakan sepasukan dan mereka yang banyak memberi bantuan dan sokongan kerana tidak melakukan yang terbaik tempoh hari.

Sejujurnya, kecewa kali ini bukan kerana kalah, tapi kerana kita tuan rumah.

Buat mereka yang berjaya, aku ucapkan tahniah. Mungkin betul kata orang, kemenangan bukan segalanya.

Yang penting kita belajar dari kesilapan. Kita tahu di mana kelemahan. Kita insafi kekalahan.

Buat Ain, Sabree dan Izzat-terima kasih kerana semangat yang kalian bawa bersama dalam pasukan. moga banyak yang kalian belajar daripada debat Di Raja kali ini.

Abg bard-please stay with us. We need you!

To all debaters and supporters, wake up and do hardwork for upcoming tournaments. I still believe that we can be the champion. No matter what.

Refreshment!hehe.

2 thoughts on “EKSPRESI LATIHAN INDUSTRI-2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s