DISKRIMINASI KUCING

Pelik pula aku tengok satu larangan yang tertera di sebuah kantin.

Kantin yang sering aku kunjungi tiap kali waktu rehat.

Kalau larangan-larangan seperti; JANGAN MEROKOK, JANGAN MELUDAH, atau JANGAN PANDANG BELAKANG sekalipun, aku faham dan boleh terima. Aku rasa korang pun sama.

Tapi kalau larangan “JANGAN BERI MAKANAN KEPADA KUCING”.

Aku memang tak faham dan tak kan boleh terima.Sebab?


Aku rasa semua makhluk Tuhan berhak mendapatkan makanan walau di ceruk mana sekalipun di dunia kurniaan -Nya ini.

Kenapa nak sekat-sekat? Apa rasional di sebalik larangan ini aku pun masih tertanya-tanya dan berfikir-fikir.

Pertama kalau ini adalah suara kemarahan diatas sikap lazim kucing yang suka mencuri, maka adakah larangan ini akan menjadikan masalah kecurian makanan akan berkurangan?

Kedua kalau larangan ini bertujuan untuk mengelakkan makanan bertaburan di atas lantai, aku tengok sama je keadaannya, bersepah dan kotor.

Jadi apa lagi yang tinggal untuk larangan ini diteruskan?

Kesian aku tengok kucing-kucing kat situ yang kelaparan. Kurus kering.Bukan sebab nak tunjuk baik, tapi ini soal perikemanusiaan. Boleh korang bayangkan kalau korang berada di tempat kucing-kucing tu?

Korang mengiau banyak kali pun, tak da orang yang nak bagi makan.

Kalau manusia tak apa lah, tak ada kat kantin cari kat SACC atau Plaza Alam Sentral. Kalau kucing?

Herm, tapi kat Malaysia ni orang tak kan berani sekat-sekat lagilah. Ye lah, kalau disekat nanti ada pulak demonstrasi sana-sini. Untuk perjuangkan demokrasi.

Aku boleh kategorikan ini sebagai diskriminasi.

Diskriminasi kucing daripada mendapatkan sisa-sisa makanan kita.

6 thoughts on “DISKRIMINASI KUCING

  1. hemph… di Jepun juga ada beberapa kelompuk manusia yang meletak larangan memberi kucing makan. pelik..

    Tapi di Jepun, anjing ibarat tuan..dan tuan pula ibarat anjing… pun pelik juga sbb terlalu memberi makan dan menjaga anjing..


    SNA: haha.itu pun pelik juga!

  2. salam singgah..
    sejujurnya, saya bukan peminat kucing.
    tp takde salah rasanya kalau diberi makan kucing2 tu..
    dapat pahala apa..?

  3. Walaupun kucing bukan haiwan yang saya sukai, tapi saya tetap akan membela nasib kucing jika ditindas. Mungkin pekedai ada sebab tersendiri berbuat demikian. Mungkin dia ada asma atau kekurangan pekerja. Kalau kucing diberi makan di kedainya, sudah pasti kucing itu akan mengajak kawan-kawannyanya datang sekali. Kan susah tu.

    Sekadar halau dah memadai, tapi kalau dah buat signboard larangan memberi makan pada kucing tu dah kira tak ada peri kemanusiaan la.

    Tapi mak saya selalu pesan, binatang yang datang pada kita membawa rahmat dari tuhan. Kalau boleh jangan kasari binatang. dalam masa yang sama, binatang tersebut juga akan mendoakan rahmat buat kita.

  4. sebagai pencinta kucing, saya rasa haiwan ini tidak patut di tindas, takpa bagi makan kat kucing dapat pahala. saya suka perkataan “Diskriminasi kucing”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s