TIKA DAN SAAT INI

Apalah yang tinggal untuk aku coretkan..kepada semua yang sering singgah di blog aku ini. Tiap hari akan ada sahaja cerita yang mahu kita kongsikan dengan semua orang,dekat mahupun jauh, kenal mahupun tidak.

Hari-hari yang kita lalui kadang terlalu bisa untuk ditulis, apatah lagi mahu dikongsi. Pengertian hidup ini terlalu luas dan amat bergantung pada manusia yang memikirkannya. Pahit manis yang dirasai disepanjang jalan di bumi Tuhan ini pasti mengesankan kita.

Kenapa tidak?kita adalah manusia yang dicipta dengan juta rasa. Punya rasa cemburu, marah dan sayang.

Tapi aku tidak mahu membenci jauh sekali memusuhi, walau siapa pun. Kerana dari dulu sampai sekarang aku masih dan akan terus percaya, segala yang berlaku elok atau tidak adalah kerana kelemahan dan kesilapan kita.

Kita sebenarnya yang mahu ini semua terjadi.

Walau tidak pernah aku nafikan, Allah jua yang menentukan segalanya. Namun andai kita berusaha untuk memperbaiki diri, Tuhan akan senantiasa membantu. Aku tahu itu.

Sebab itu aku kesal.Aku adalah insan yang selalu mensia-siakan anugerah yang dikurniakan Tuhan. Aku amat kesal.

Berkali-kali Tuhan beri aku peluang, berkali-kali jualah aku mensia-siakannya. Semua benda yang aku dapat pasti tidak kekal lama.

Sudah ku bina impian dan harapan yang terlalu tinggi…Akhirnya aku sedar, aku tidak mampu untuk menjaga tiap anugerah yang Tuhan berikan.

Aku insan yang kecil lagi lemah ini bukan mahu meminta simpati sesiapa. Kerana aku lah yang seharusnya bersimpati pada mereka yang aku sayang.

Kerana aku gagal untuk menjadi kesayangan semua.

Sikap aku yang ego, degil dan berkeras hati selalu saja menjadi punca kehilangan. Aku sedar itu.

Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, jauh sekali menyalahkan takdir..Aku tahu segalanya bermula dengan aku jua.. Aku malu,aku menjadi lelaki yang tidak pernah membahgiakan.

Aku mendoakan moga semua orang yang aku sayang akan bahagia. Aku tahu tidak akan ada sesiapa pun sanggup hidup dgn aku..

Aku tahu mereka semua akan bahagia tanpa aku.. Itu yang aku doakan.

Sayang kalian..

Ingat, aku tidak pernah berdendam jauh sekali ingin memusuhi sesiapa..

Maafkan aku ea…

2 thoughts on “TIKA DAN SAAT INI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s