AKTIVITI DI HARI RAYA QURBAN

Baru sahaja bangun tidur.

Jam sudah 230 petang. Herm, betul2 tak sedar.. Malam tadi pun tidur lewat.. Melayan blog, Yahoo Messenger, Friendster, Facebook, dan macam-macam lagi.

Suara takbir dari Masjid Negeri jelas kedengaran di bilik aku yang bersepah ni. Sesekali aku alunkan juga suara aku yang tak merdu untuk bertakbir.

Bosan menghadap internet, tengok tv pulak. Herm, Janji Seorang Anak arahan Murali Abdullah (fdam) kali ini tidak kemas penceritaannya, Sungguhpun dibarisi pelakon handalan seperti Fauziah Nawi, Azizan Nin (walaupun aku rasa tak lah handalan mana), Abu Bakar Omar, Nasrizal Ngasri (Bell) dan Seniwati Mariani-namun drama ini nampak kaku.

Aku kena akui, mesej yang ingin disampaikan melalui drama ini amat baik-tentang anak yang derhaka terhadap ibunya- namun olahan dan garapan plot rasanya terlalu klise. Dah berpuluh-puluh drama Melayu yang macam ini aku tengok, semuanya sama je.

Haha. Duduk jauh-jauh daripada family waktu raya macam ni, teringat pulak macam-macam..huhu.

Teringat arwah abah yang selalunya akan memasak kuah kacang dan masak lodeh dan juga nasi himpit. Aku boleh tolong makan jer.

Sejak abah tak ada, Kak Yong lah yang ambil alih tugas tu. Masak itu dan ini. Aku pun boleh tolong makan jer.

Tahun ini, semua ke rumah mama di Pasir Gudang Johor. Tak ada sesiapa pun di Selangor, jadi aku kena sambut raya dengan Faizal dan Helmi (budak pelik) di Shah Alam jer.

Malam ini baru bertolak ke Johor, sebab baru dapat tiket. Cuti untuk hari esok juga baru dapat semalam. Terima kasih Mr Magan sebab bagitahu kat Mr Chandran.Hehe.

Sementara menanti malam, selain merayau-rayau di sekitar internet ni, atau tengok tv. Tak tahu dah nak buat apa. Poket pun dah kosong untuk keluar ke mana-mana.wee

Mahu melihat lembu ditumbang dan dikorban sudah terlalu lewat pulak rasanya.

Ditambah dengan hujan renyai-renyai yang masih tidak berhenti. Angin yang sesekali menyapu pipi. Menjelmakan segala rasa yang terpendam.

Berfikir-fikir juga. Selama usia aku di atas bumi Tuhan ini. Apalah yang telah aku korbankan untuk agama, bangsa, keluarga, teman-teman dan juga orang yang tersayang.

Seboleh mungkin, aku mahu korbankan segalanya, jiwa mahupun raga untuk membuat semua bahagia. Tapi kadang kala aku tidak sekuat itu. Moga Tuhan memberikan aku kekuatan untuk terus menyambung kehidupan dan menggembirakan insan-insan yang menyayangi aku selama ini.

Aku mahu mendapat kebahgiaan di dunia dan akhirat.

Buat semua, selamat menyambut Hari Raya Qurban.

3 thoughts on “AKTIVITI DI HARI RAYA QURBAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s