MAT REMPIT DAN EKZOS!

Bukan sebab kerana orang sibuk pasal isu pegawai imigresen yang merempit aku buat entri ini.

Tapi mungkin secara kebetulan cerita yang ingin aku kongsikan ini ada kaitan dengan rempit merempit ini.

Sorry ye Abg Bonzai.wee

Aku dapat cerita ini dari rakan-rakan sekerja aku. Maklumlah, bila tidak ada yang boleh dibuat, maka semua orang akan berkumpul di tengah-tengah lab untuk bergosip.Hehe.

Dan biasanya Loga lah yang akan bertindak selaku tukang cerita. Banyak juga cerita-cerita menarik yang aku dapat daripada dia.

Tapi yang plaing menarik pada aku ialah kisah 2 orang Mat Rempit yang malang ni.

Begini kisahnya, di dalam sebuah kampung yang terletak di salah sebuah bandar diraja di Malaysia-wujud 2 orang remaja lelaki yang suka menunggang motosikal.

Dan setiap malam akan ada sahaja kelibat mereka menunggang di sekitar kawasan kampung.

Selama ini, orang kampung kat situ tak peranh ambil peduli pun. Ya lah, orang kampung ni memang baik-baik belaka. Tak mahu jaga tepi kain orang.

Nanti mak bapak Mat Rempit ini melenting pula kalau kita tegur atau nasihat.

Jawapannya nanti mudah-anak aku, aku punya pasal!

Tapi pada satu malam, akibat tidak tahan lagi dengan pernagai Mat rempit yang suka membuat bising ini, maka orang kampung pun bercadang untuk memberikan hukuman yang setimpal buat mereka.

Sedang Mat Rempit ini membuat aksi-aksi akrobatik bersama motosikal mereka, orang kampung disitu terus menyerbu dan menahan mereka untuk dihukum.

Tahu apa hukumannya?Haha. Ini bahagian yang paling seronok yang aku nak kongsi.

2 orang Mat Rempit ini diberikan pilihan sama ada mahu menjilat atau pun mencium ekzos.

Lebih dramatik, pilihan-pilihan tersebut ditulis diatas sekping kertas dan mereka kena membuat pilihan tanpa mengetahui apakah hukuman yang bakal mereka terima.

Macam cabutan bertuah pulak kan?

Erm, begitulah cara masyarakat di situ mengajar Mat Rempit.

Tapi bagi aku, pengajaran mungkin menyeksakan..tetapi  tidak perlu datang dengan seksaan.

Moga Mat Rempit mendapat pengajaran yang sewajarnya.wee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s