MENTERI KESIHATAN PUN ADA DVD SEKS?huh!

Herm. Tahun baru aku tidak ada bahan lagi mahu dikongsi. Nak juga buat entri tentang azam tahun baru.

Tapi azam pun aku tak fikir lagi. Kalau Bonzai sedang menanti jawapan-aku pula sedang  menunggu keajaiban. Moga rahmat Tuhan mengiringi sepanjang perjalanan.WEE (ayat berima belajar dengan Bonzai)

Sibuk-sibuk dengan azam ni, kita dengar pulak isu yang tak berapa sedap nak di dengar-isu DVD seks Datuk Seri Chua Soi Lek.

Menteri Kesihatan kesayangan kita.

Agak-agaknya Malaysia ni memang suka buat DVD seks kot.Ya lah mana taknya, dulu kita dah dengar kes pramugara terlampau, lepas tu kes Wan Nor Azlin dan sekarang ni Soi Lek pulak.

Dasyat!

Aku bukan kisah sangat dengan aktiviti yang ingin dia jalankan. Itu memang hak peribadi.

Lagipun wanita dalam DVD tu pun personal friend kepada Soi Lek.

Cuma yang menjadi masalahnya ialah: Soi Lek ini adalah Menteri, wakil rakyat dan Timbalan Presiden MCA.

Maknanya, dia ni menjadi harapan kepada semua masyarakat dan diangkat sebagai pemimipin rakyat.

Maka, apa jua yang beliau lakukan, baik ataupun buruk akan menjadi perhatian semua orang.

Aku tak nak komen tentang kehidupan peribadi dia memandangkan keluarganya malah istrinya juga telah memaafkan dia.

Dan aku rasa memang tidak patut pihak yang tidak bertanggungjwab ini mengedarkann DVD kepada orang ramai walau apa pun niat dah matlamatnya.

Yang boleh aku cakap, pengedaran DVD ini agak memberikan konotasi buruk kepada beliau dan juga kepimpinan kabinet Menteri.

Bukan kah kita dulu yang mencanang-canangkan slogan “Kepimpinan Melalui Teladan” ?

Seharusnya ia menjadi amalan setiap pemimpin kita.

Walau bagaimanapun kita sebagai rakyat masih tidka bolh berbuat apa-apa melainkan meluahkan idea di dalam blog ini.

Selebihnya, sama ada tindakan yang tegas akan dikenakan kepada Soi Lek atau pun tidak.

Kita serahkan kepada Pak Lah.

Aku yakin beliau akan membuat keputusan yang bijak.Wee

One thought on “MENTERI KESIHATAN PUN ADA DVD SEKS?huh!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s