EKSPRESI LATIHAN INDUSTRI-4 (SAYONARA CCMF!)

Tanggal 4 Januari 2008 (Jumaat) tempoh hari berakhirlah latihan industri aku di CCM Fertilizers (CCMF) Sdn Bhd yang terletak di Padang Jawa.

Latihan selama lebih kurang dua bulan yang bermula pada 12 November 2007 sungguh banyak meninggalkan kenangan pahit manis yang tidak mungkin aku lupakan.

Bak kata orang, tempat jatuh lagikan diingat, inikan pula tempat aku menimba pengalaman dan memerah keringat.Tentulah melekat kuat sepanjang hayat.

Sambutan yang agak ringkas sebelum aku berangkat pulang ke UiTM amat mengharukan. Walaupun hanya di bilik rehat makmal, namun kesanggupan rakan-rakan untuk membuat majlis itu membuatkan aku terasa dihargai oleh mereka.

Really im touched.

Ye lah, aku ni bukanlah trainee yang baik pun. Selalu ponteng suka-suka hati.Haha.

Buat analisis pun lembab. Nasib baik ramai yang penyabar.

Di makmal CCMF inilah aku mengenal tentang cabaran sebenar dunia bekerja.Pelajaran yang aku kutip di sini mungkin tidak dapat aku dapati di mana-mana.

Bukan mahu meperkecilkan jasa para pensyarah tapi sejujurnya kebanyakan benda yang aku belajar adalah benda yang memang aku tak pernah tahu di UiTM.

Segalanya baru. Ini memang merupakan satu bentuk latihan industri yang menyeronokkan dan mencabar. |

Aku memang kagum dengan kemahiran dan kecekapan pekerja makmal di sini membuat eksperimen dan analisis. Eksperimen yang biasanya aku buat 3 jam di makmal UiTM tapi kat sini dia orang kena buat dalam masa 30 minit.

Yang lebih menarik ada juga dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai latar belakang sains tapi boleh membuat kerja sains ini dengan amat baik sekali.

Hari-hari terakhir aku banyak meluangkan masa dengan membantu Abg Dzul menyediakan sampel tender. Penat juga, tapi seronok sebab aku rasa itulah mungkin kali pertama dan terakhir aku dapat merasa dan mengalami susahnya mahu menghasilkan baja yang berkualiti.

Akhirnya, aku mahu mengucapkan berjuta terima kasih kepada semua pekerja-pekerja di CCM yang banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar sepanjang aku berada di sana.

Kepada Cik Hana, Cik Ilyanis, Mr Chandran, Mr Magan, Abg Dzul, Mr Loga,Mr Surya, Basid, Nazri, Sharul, Deddy, Nicholas, George dan juga Pandian.

Juga buat semua yang aku kenal di CCMF ni. Terlalu ramai kalau aku ingin senaraikan,namun ucapan aku sama-terima kasih untuk segalanya.

Terima kasih kerana menjadikan pengalaman latihan industri di CCMF sesuatu yang indah untuk aku kenang dan simpan.

Insya Allah kalau ada kesempatan kita berjumpa lagi. Siapa tahu kalau rezeki aku  di situ juga nanti.Hehe.

Sebagai penutup, aku siarkan sedikit gambar bersama rakan-rakan CCMF.

Gambar yang aku ambil masa farewell dinner Shafaril jer. Gambar di makmal CCMF dan kawasan sekitarnya aku tak dibenarkan untuk ambil. Untuk tujuan keselamatan.

Gambar ini diambil di Yusram Restaurant di Seksyen 20 Shah Alam.

Dari kiri Surya, Amirul, Loga, Basid, Magan,dan Abg Dzul.

SNA dan Shafaril

Cik Ilyanis memberikan cenderahati buat Shafaril

 

 

 

4 thoughts on “EKSPRESI LATIHAN INDUSTRI-4 (SAYONARA CCMF!)

  1. Salam…nak tanya..mcm mana nak apply internship kat ccm ni ye..saya sdg mncari tmpt praktikal dlm bidang safety n health..hope dpt bantu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s