CAKAP-CAKAP SUMBANG

Di sini. Dalam hati, tersembunyi siratan kapilari sunyi menyampul tiap gerak geri.

Di sana. Sepasang hati sedang bertarik tali. Memadu kasih menyulam cinta yang mungkin giat bersemi.

Sang kumbang rancak memuji, mencuba tiap hari, sang bunga yang udah bertukar nama pula hanya menunggu masa memberi jawapan dalam sembunyi.

Di mana-mana, manusia mengejar itu dan ini. Mencari bahagia. Mencari cinta.

Kenapa itu yang masih dinanti??

Aku tidak patut merasa apa-apa. Bunga yang udah bertukar nama mungkin akan bertukar raja hatinya. Kumbang yang baru.

Yang setia menghinggap pada harum kuntum. Yang pandai menjaga kelopak agar tidak layu dan gugur mencium bumi. Atau, yang boleh menjadi penebat embun dan peneduh sinar mentari.

Bukan menghalang atau menidakkan bolehmampu kumbang. Jauh menafi takdir yang tercalit. Itu semua aku terima. Kumbang itu juga aku kenal amat. Baik.

Biar kumbang-kumbang lain tidak percaya. Aku kekal begini. Tidak mahu berebut bunga yang aku telah tinggal pergi. Biar ia dimilik kumbang lain.

Namun, apa pula yang tinggal untuk aku soalkan?

Kesakitan. Dalam redha pasrah dan rela. Aku juga kumbang yang kenal erti sakit. Sayap aku makin lemah. Patah. Dan terbang tanpa arah.

Kekuatan dikumpul untuk menyembuh sayap. Kekuatan dikumpul untuk membina arah.

Kekuatan dibina untuk aku menahan sakit yang amat ini.

Aduhai, tiap kali ku kumpul semangat, semakin ia hilang dari genggam yang aku anggap erat.

Apa tidak, aku bukan kumbang yang pandai memberi bait-bait indah untuk di baca. Aku hanya tahu sayang bunga. Bunga yang udah bertukar nama.

Transisi penyerahan ini begitu menyeksakan. Beri aku seratus tahun lagi, kalau kumbang lain tanya jawapan aku tetap sama.Seksa untuk melihat bahgia yang bunga dan kumbang itu jelmakan.

Pedihnya merasa bila ada kumbang baru yang menghinggap bersama sayap harap. Pedihnya lagi bila kumbang kena berhenti berharap. Berharap agar boleh kembali hinggap.

Bunga. Akan bahagia, Akan ceria. Cintanya tidak layak untuk kumbang seperti aku. Cintanya layak buat kumbang itu. Yang memahami.

Aku akan begini. Menyimpan apa yang aku pegang selama ini. Simpan selagi aku mampu.Kerana pada aku, sekali aku hinggap pada bunga, selamanya aku suka pada madunya.

Biar bertukar nama. Biar bertukar empunya.

Aku tidak mahu jadi kejam memusuhi apatah lagi mendendami.

Aku dengan setulus hati akan mendoakan dia menerima kumbang baru yang baik.

Aku dengan penuh harap akan mendoakan kumbang setia selamanya.

Kumbang dan bunga yang udah bertukar nama akan bahgia.

Bahagia tanpa singgah disini lagi. Tanpa berkongsi madu dengan aku lagi.

Aku cuba untuk senyum atas taburan doa itu. wee c:

3 thoughts on “CAKAP-CAKAP SUMBANG

  1. LA YUKALLIFULLAH NAFSAN ILLA WUS’AHA (Allah tidak memberikan bebanan kepada manusia melainkan dia mampu memikulnya) Percayalah janjiNya bahawa ujian adalah kepada hambaNya yang terpilih…

    SNA: Terima kasih!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s