BILA TEKSI BERMETER AKAN GUNA METER?

Aku dah banyak kali merungut atau menyumpah.

Sebab aku bengang dan cukup menyampah. Menyampah dengan tindakan hampir kebanyakan pemandu teksi di Shah Alam yang tak guna meter.

Peliknya, meter ada malah di bumbung kereta pun tertulis TEKSI BERMETER. Tapi kenapa dia orang tak nak guna meter.

Kalau sekali dua mungkin lah boleh cakap meter rosak ataupun terlupa pasang. Tapi kalau dah lebih 20 kali. aku rasa ni memang kes nak cekik darah

.

Tak dinafikan ada juga yang baik hati. Dari seksyen 16 hingga ke UiTM hanya RM4, atau paling mahal RM8. Masih berpatutan.

Tapi ada satu malam, daripada UiTM sampai ke seksyen 16 pak cik teksi ni nak kenakan bayaran sampai RM15. Mahal gila.

Akhirnya, kami ambil keputusan untuk jalan kaki jer. Lebih baik walaupun penat satu badan, tapi puas hati dari kena cekik darah dengan pak cik teksi. (Haha, tapi sama je sebab balik pekena air I Liter kat kedai Pak Su (baca; Pak Lu) ).

Ada lagi satu kisah di mana aku kena bayar sampai RM8 dari seksyen 2 ke sekyen 16.

Aku bukan kisah soal bayaran. Naik teksi memang mahal berbanding naik bas Rapid KL atau bas mini klasik.

Cuma, para pengguna ni rasa dipergunakan lah. Waktu kecemasan macam lambat pergi kelas atau pergi latihan debat waktu tu lah dia orang kenakan kaw-kaw punya.

Kalau betul harga yang dibayar itu adalah kadar yang sepatutnya, tidak apa. Tapi perlu disandarkan dengan bukti yakni penggunaan meter.

Sampai bila kita nak biar pak cik teksi ni kaut untung membabi buta. Kita sebagai pengguna juga perlu tahu hak kita. Lets do something on this particular matter.

4 thoughts on “BILA TEKSI BERMETER AKAN GUNA METER?

  1. ary2 aku nek taxi g kje..mhl cmne pn,aku nek gak la..nk wat cmne kn…aku da try jln kaki,seminggu aku dmam taw.bos tolak gaji aku…huhu..tp btol la,pkcik taxi ptot gne meter..wat ape ade tknologi cggh lau xdigunakan..wat pnt prah otak jew…


    SNA; Setuju!

  2. Elo bro, awat hang tak repot je kat LPKP.Kan kat bumper belakang tteksi ade terlekat no aduan LPKP. Kalo bro & rakan2 x repot makin menjadi la depa ni.Aku simpati dgn hangpa tapi dalam masa yg sama aku x suka nak hebah & hebohkan yg tak baik tentang specie penipu ni.Mai kita ambik satu pendekatan siapa salah kita repot jangan kasi can! aku percaya ramai lagi pemandu teksi yg baik2 kat luar sana. Tentu sekali ang pernah jumpa kan? Setuju tak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s