JADILAH INSAN YANG PRIHATIN

Saja aku singgah sekejap.

Tadi sepatutnya ada kelas biotech tapi batal pula. Sebab ada CAIREX. Ekspo kerjaya anjuran HEP dan alumni UiTM. Khas untuk pelajar semester akhir.

Huu.Aku semester depan baru wajib pergi. Hehe. Tak sabar pula mahu bekerja setelah habis 5 tahun belajar.

Erm habis tentang tu. Sebelum aku lari fokus,aku nak kongsi dengan korang semua tentang satu insiden. Yang perlu diberi perhatian.

Semalam aku balik naik bus Rapid KL macam biasa. LAma juga tunggu bas ni. Naik lenguh lutut aku.

Dalam bas tu memandangkan ramai sangat yang naik, jadi tempat duduk pun penuh. Aku dan bebrapa penumpang lain, terpaksa menahan lenguh lagi berdiri sambil menggantung tangan di tiang kuning.

Sambil bertentang dengan 2 orang awek UiTM yang muka masam mencuka macam acetic acid.

Aku memang tak kisah berdiri. Yalah, perjalanan pun singkat jer. Aku pun tak kisah kalau tak ada orang nak bersimpati dengan aku.

Cuma, peliknya aku waktu tu ada seorang pak cik yang lewat 30-an dan kurang upaya yang berdiri seblah tidak langsung diendah oleh oenumpang yang sdang duduktermauk awek acetic acid yang betul-betul berhadapan dengan pak cik tu..

Apalah salahnya bagi pak cik tu duduk. Memang lah awak tu kaum yang lemah, tapi sekurang-kurangnya awak tu sempurna dan cukup sifat.

Memang pelik. Belajar tinggi-tinggi sampai masuk universiti tapi takda kesedaran sivik. Sampai terketar-ketar tangan pak cik tu pun. Dia orang boleh tengok jer. HUH! PRALA betul lah budak-budak ni.

Aku pulak silap juga tak tegur. AKu takut juga kalau ditegur melenting pulak. Nanti cakap aku nak tunjuk baik. Erm, lagipon korang dah besar. Boleh fikir kan?

Takkan simbol OKU kat cermin tingkap bas tu pon korang tak faham maksudnya?

Come on, jangan perkataan masyarakat prihatin yang sinonim dengan rakyat Malaysia hanya tinggal label saja.

5 thoughts on “JADILAH INSAN YANG PRIHATIN

  1. Salam..
    Aku tak berani sebenarnya nak bagi komen ni,memandangkan sedikit sensitif..tapi,aku luahkan juga sebelum menjadi parah..bagi aku,itulah juga yang aku nampak di Malaysia..tak berani nak melabel bangsa Malaysia sebagai ‘bangsa kurang kesedaran sivik’,walaupun itulah hakikatnya..itu baru kes bagi tempat duduk dalam bas,belum lagi masuk bab2 lain..nak banding dengan negara Rusia tempat aku belajar sekarang dengan negara-negara lain yang aku pernah pergi macam Perancis,Belgium dan Turki,memang jelas dan nyata orang-orangnya lebih mempunyai kesedaran sivik dan common sense..masuk saja orang tua dalam bas,terus saja anak-anak muda bangun bagi tempat duduk..biarpun kadang-kadang anak-anak muda ni mempunyai beban sendiri (seperti beg sekolah yang berat misalnya),namun warga tua tetap diutamakan..sepanjang aku di Malaysia,jarang sekali perkara murni ni berlaku nak dibandingkan dengan tempat-tempat yang aku sebutkan tadi..tapi bukan semua orang macam tu,sebab tu aku dah cakap awal2 tak nak label semua rakyat Malaysia macam tu..ringkasnya,memang aku kagum dengan orang-orang di Rusia ni yang begitu tinggi prihatinnya..kalau mereka boleh,kita juga boleh! =] sekian,salam perkenalan..=]

    SNA: terima kasih kerana sudi singgah. Salam kenal. MOga masyrakat kita lebih prihatin!

  2. dats the reality dat we have to have to face…

    kiter ni tak se prihatin mana…

    this things happen in kl too…and aku dah berjaya sound orang yang macam tu…hehe..:P

    SNA: Herm.Mungkin bagus juga ada orang macam kau. Baru dia orang sedar.Hehe.

  3. Di Jepun rakyat di suburban mmg masih mengamalkan sikap meghormati orang tua, tetapi jika di bandar besar seperti Tokyo, masih kisah sama, di dalam keretapi, walaupun tertera tpt untuk org terpilih..mereka duduk dan pura2 tidur…

    satu kejadian semasa menghadiri rumah terbukan di kedutaan malaysia, seorang pelajar malaysia di dalam bas duduk tanpa memberikan tempat itu kepada seorang wanita tua Jepun…aku malu di situ…

    SNA: Itulah masalahnya.Kalau dah terbiasa kat negara sendiri terbawa-bawa sampai ke negara orang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s