INILAH DUNIA!

Ada macam-macam yang mahu aku bentangkan pada semua. Cerita-cerita di sekelling kita yang kadang kala menggeletek hati.Haha.

Seronok dengar cerita daripada kengkawan aku .. Sambil buat revision untuk test management khamis ni, sempat juga the hottest couple ( Ap dan Biah ) berceloteh itu ini dalam library tadi.

Ada banyak sangat cerita. Ditambah pula dengan cerita dari Keiri. Daripada cerita hantu sampailah isu pilihanraya. Semuanya jadi modal borak.

Hampir setengah jam juga dihanyut seloka dan jenaka dia orang nie.

Tapi dalam banyak-banyak cerita. Ada satu cerita yang aku suka sangat dengar. Dan cerita ini ada kaitan dengan entry aku sebelum nie.

Cerita ini berlatarkan tempat di sebuah stesen komuter.

Al kisahnya ada seorang pompuan yang asyik ber’sms‘ tiba-tiba terlepas telefon bimbitnya ke landasan kereta api.

Apa lagi menjeritlah pompuan ni tanda kaget dan terkejut. Pompuan kalau tak menjerit memang tak sah.Haha.

nasib baik, ada seorang pemuda berhati mulia, kudus dan begitu polos sekali terjun ke landasan kereta api untuk membantu pompuan berkenaan mendapatkan telefon bimbitnya.

Tapi malangnya, kerana benteng itu terlalu tinggi maka pemuda yang berhati mulia ini pown tak boleh naik semula ke atas.

Lebih dramatik lagi bila pemuda itu mahu mencari jalan lain untuk naik. sebuah keretapi dengan lajunya melalui landasan di mana pemuda itu berdiri.

Nyaris-nyaris pemuda itu digilis. Umurnya panjang dia sempat mengelak. Mungkin sebab pergerakan KTM Komuter yang memang lembab. Kalau berdiri sejengkal pun masih boleh elak lagi.

Nasib baik terselamat. Kalau tak sudah tentu akan jadi berita muka depan akhbar nyamuk.  Walaupun terselamat tapi dia tetap ketinggalan satu komuter.

Aku memang kagum dengan sikap yang ditonjolkan pemuda ini. Ye lah, dia mungkin tak fikir panjang. Pakai lompat jer. Pakai terjah je.

Atau mungkin ada yang fikir, dia nak tunjuk hero. Atau taktik lama nak mengurat. Mesti rencam andaian manusia tak yang bertali arus menduga itu dan ini.

Cakaplah apa saja,tapi yang pasti  apapun agendanya, tindakan ini patut dipuji. Kalau kerana sebuah telefon bimbit pun dia sanggup lompat. Bayangkan kalau yang terjatuh itu adalah manusia yang lebih tinggi nilainya?

Inilah perca-perca manusia yang tinggal. Yang sanggup tolong orang walau kat mana sekalipun.

Moga kita pun begitu. Menghulur tangan tika perlu.

Ayuh kita mencantum perca menjadi kain semula!

One thought on “INILAH DUNIA!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s