PRU-12 SUDAH SELESAI,APA REAKSI KALIAN??

Aku tidak menulis apa-apa tentang pilihanraya ke-12. Tidak ada langsung.

Walau alam blogging diseri dengan jutaan cerita-cerita sensasi lagi kontroversi mengenai pilihanraya mahupun calon-calon yang dipertandingkan.

Aku tetap juga berdiam. Hanya melihat (baca: membaca) rakan-rakan yang arif sahaja membancuh idea politik mereka.

Kali ini, aku rasa terpanggil pula untuk bersuara. Keputusan sudah kita ketahui.

Pertama aku mahu lahirkan rasa kesal yang tak terhingga sebab tak berdaftar sebagai pengundi. Haha. Baru aku tahu begitu besarnya kuasa yang ada pada tangan rakyat yang berusia 21 tahun dan ke atas ni.

Betul-betul berkuasa. Anda pun nampak kan perubahan pada kali ini?

Aku yang selalu tidak kisah dengan percaturan politik Malaysia. Tiba-tiba rasa kisah.

Banyak benar negeri yang sudah jadi milik BA. Kelantan memang aku rasa tidak akan mudah jatuh ke tangan BN. Cuma peliknya Pulau Pinang yang hanya dikuasai DAP pada tahun 1969 kini berkuasa kembali dengan kemenangan besar sehingga menundukkan delegasi Koh Tsu Koon dengan penuh bergaya.

Penguasaannya juga merebak ke Perak dan Selangor. KL pun hanya Zulhasnan Rafique yang kekal.
Aku ingat lagi sindiran sinis Najib pada DAP ” Bila agaknya roket DAP akan sampai ke bulan?”

Aku rasa DAP sudah buktikan. Tidak perlu terbang ke bulan pun, nampaknya gerakan besar-besaran mereka benar-benar menggugat kekuatan BN selama ini.

Dan mungkin juga kekuatan orang Melayu.

Aku bukan penganalisa politik. Aku bersuara sebagai seorang pemuda Melayu dan anak Malaysia yang gusar dan bimbang dengan senario semasa politik negara.

Biar apa jua perubahannya. Siapa pun yang memimpin kita. Parti apa pun yang memerintah.

Jangan selepas ini lebih banyak suara-suara sumbang pula yang mempersoalkan ketuanan. Yang mempersoalkan keistimewaan.

Aku tidak boleh membayangkan andai nanti kerajaan hanya diperintah satu bangsa tertentu sahaja. Tidak ada lagi toleransi antara kita yang majmuk bangsanya.

Yang tinggal hanya kepentingan bangsa mereka yang mahu membina empayar di bumi ini. Akhirnya yang terkesamping kita juga.

Selesai pilihanraya aku harap manisfesto yang dicanang-canang akan dikotakan. Tidak ada lagi bayaran tol, tidak ada lagi kenaikan harga barang atau selamat aman makmur dan apa saja janji yang sudah ditaburkan.

Buat mereka yang menang, anda dipilih oleh rakyat, maka berbaktilah untuk rakyat.

Yang kalah, ini mesej bermakna dari rakyat selepas perhimpunanan BERSIH.

Ini tanda rakyat berkuasa.

p/s: Kalau lah satu undi aku boleh menahan tsunami ini.Hee.

2 thoughts on “PRU-12 SUDAH SELESAI,APA REAKSI KALIAN??

  1. Hehe,aku masih belum berpeluang untuk mengundi.Nanti PRU akan datang InsyaAllah.Sekarang aku memang tak sabar nak tengok apa perubahan yang bakal dilakukan. Best tengok PRU kali ni, penuh dengan aneka ragam! Nama pun politik kan…=]

    SNA: Haha. Kalau lah semua benda bersandarkan nama. 2013 ayuh kita undi sama-sama!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s