KONFLIK JAWATAN MB DI SELANGOR DAN PERAK

Masih lagi isu pilihanraya. Atau lebih tepat keputusan pilihanraya.

Kegusaran aku bertukar pula kepada keghairahan melihat sejauh mana kebijaksanaan pihak BA untuk membuat percaturan dan pemilihan tentang bakal menteri besar di Selangor dan Perak.

Umum mengetahui BA berjaya menawan Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan pada PRU-12 tempoh hari.

5 negeri untuk menafikan 2/3 majoriti.

Ayuh kita lihat bagaimana BA membentuk kerajaan di setiap negeri yang ditawan.

Di Pulau Pinang DAP mendominasi penuh dengan membolot 19 kerusi DUN dan 7 kerusi parlimen berbanding PKR dengan 4 kerusi DUN dan 9 kerusi parlimen dan PAS dengan hanya 1 kerusi parlimen.

Pembentukan kerajaan  terletak penuh pada tangan DAP yang sudah menetapkan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri menggantikan Koh Tsu Kun.

Begitu juga di  Kedah di mana PAS menguasai kerusi parlimen dan 16 kerusi DUN jauh meninggalkan parti BA yang lain seperti DAP dengan hanya1 kerusi DUN dan PKR dengan 5 kerusi parlimen dan 4 kerusi DUN.

Pembentukan kerajaan di Kedah juga terletak penuh di tangan PAS yang sudah meletakkan Ustaz Haji Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Dato Haji Mahdzir B Khalid.

Di Kelantan, penguasaan berterusan untuk penggal kali ini oleh PAS dengan merangkul 38 kerusi DUN dan 9 kerusi parlimen sementara PKR hanya mendapat 3 kerusi parlimen dan 1 kerusi DUN.

PAS konsensus dengan  memberi kepercayaan sekali lagi kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menerajui kerajaan Kelantan.

Ketiga-tiga negeri di atas (Pulau Pinang, Kedah, dan Kelantan) tidak sukar untuk membentuk kerajaan kerana parti yang menguasai mendapat majoriti mudah atau 2/3 majoriti tanpa perlu bergabung.

Namun, lain pula kisahnya dengan dua negeri yakni Perak dan Selangor ini.

Konflik untuk memilih siapa yang akan memegang jawatan Menteri Besar masih belum selesai sungguhpun PRU-12 sudah 3 hari berlalu.

Di Perak dan Selangor gabungan komponen parti di bawah BA perlu untuk bergabung bagi mendapat majoriti mudah bagi mengatai BN dan lantas membentuk kerajaan campuran.

Ini kerana, di Perak DAP menang 18 kerusi DUN dan kerusi parlimen, PAS menang 6 kerusi DUN dan 2 kerusi parlimen, sementara PKR menang 7 kerusi DUN dan 3 kerusi parlimen.

Kewujudan mereka secara tunggal tidak boleh mengatasi BN dengan kemenangan 28 kerusi DUN dan 13 kerusi parlimen.

39 kerusi untuk majoriti dua pertiga dan 30 kerusi bagi majoriti mudah diperlukan bagi setiap parti.

Ini menyebabkan konflik untuk memilih Menteri Besar bagi menggantikan Datuk Seri Mohd.Tajol Rosli Ghazali timbul.

Desas-desus mengatakan bahawa Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengisi kekosongan itu namun kalau mengikut Lim Kit Siang beliau mahukan wakil dari DAP pula.

Mungkin harapan Kit Siang tidak berjaya kerana Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang memperuntukkan jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri itu perlu disandang oleh seorang Melayu yang beragama Islam.

Sementara itu, di Selangor  setiap parti memerlukan 38 kerusi untuk majoriti dua pertiga dan 29 kerusi untuk majoriti mudah.

Ketiga-tiga parti pembangkang dan BN gagal mengumpul jumlah tersebut.

BN memenangi 20 kerusi, manakala PKR 15 kerusi, DAP (13) dan Pas (8).

Gabungan kerusi DAP dan PKR hanya membentuk 28 buah kerusi, manakala gabungan kerusi PKR dan Pas pula 23 kerusi.

Majoriti mudah boleh diperolehi dengan gabungan 3 parti tersebut iaitu sebanyak 36 kerusi.

Kerajaan campuran juga bakal dibentuk di Selangor. Menteri besar harus dipilih dari kalangan mereka bagi menggantikan Dato seri Dr Mohd Khir Toyo.

Setakat ini nama yang dicanang adalah  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan timbalannya pula wakil dari DAP

Isunya:

1. Bagaimanakah mungkin 3 parti yang mempunyai latarbelakang dan sejarah penubuhan juga matlamat dan aspirasi yang berbeza-beza boleh membentuk kerajaan dibawah seorang ketua??

Kalau dipetik kata-kata Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS

“Kalau calon DAP dipilih (sebagai Menteri Besar), Pas akan sokong calon DAP. Kalau calon PKR dipilih, Pas akan sokong calon PKR. Kalau Pas dipilih, saya berharap semua rakan-rakan juga boleh sokong calon Pas kerana kerajaan yang kita bentuk bukan kerajaan Pas tetapi kerajaan Barisan Alternatif (BA) dan kita dalam proses mempercepatkan formaliti pembentukan BA.”

Bagus.

Sistemnya mungkin sama saja dengan BN.

2. Jika undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak diikuti, bagaimana respons Kit Siang dan kuncu-kuncu DAP?? atau perkara sebaliknya akan berlaku kerana sehingga saat ini DAP masih menafikan Nizar sebagai calon MB.

Apapun aku harapkan kerajaan yang bakal dibentuk boelh menjadikan kepimpinan negeri lebih berintegriti dan bersih.

Biar apa jua kerajaan dan siapa komponen yang mendukungnya, yang penting kebaikan rakyat terjaga.

Mungkin sekarang bukan lagi isu prinsip dan pegangan yang menjadi ukuran dan nilaian tetapi masa depan negara yang menjadi isu dan perhatian.

Moga kita aman seperti selalu.

6 thoughts on “KONFLIK JAWATAN MB DI SELANGOR DAN PERAK

  1. Inilah masalah pembangkang Malaysia.
    Tak pernah belajar untuk bersatu.
    Macam mana mahu tawan Malaysia?
    Setakat jual air liur Anwar, belum cukup.

    SNA: memang belum cukup.

  2. Hmmm… dalam kes ini Raja atau Sultan akan memainkan peranan penting dalam memilih penasihat Baginda. Di Perak 3 nama dah dihantarkan ke Raja Perak, dan di Selangor, Sultannya mahu ketiga-tiga parti (DAP, PKR dan PAS) mengadap Baginda untuk sesi “suai kenal” bagi memilih MBnya. Insya allah, ini adalah permulaan yang baik bagi B.A.

    SNA: Harapnya macam tulah. Jangan jadi permulaan yang tak baik pula.

  3. ini politik baru la. dulu umno tolong melayu, mic tolong india, mca tolong cina.

    sekarang, lim guan eng kena penjara sebab tolong gadis melayu, tian chua hampir dibelasah sebab pertahankan setinggan melayu, ronnie liu dibelasah sebab pertahankan kuil hindu.

    tapi orang melayu tetap dengan prejudisnya. (dan ada yang berani menyalak atas nama bangsa)


    SNA: Bagaimana pula dengan kenyataan Lim Guan Eng yang tidak mahu meneruskan DEB di Pulau Pinang?

  4. Ingin melihat kebijaksanaan dan kematangan dalam memutuskan siapa MB di dua buah negeri itu. Harapnya isu ini tidak menjadi bahan untuk BA diperlekehkan oleh pihak pembangkang.

    SNA: Lekeh melekeh isu biasa dalam politik.

  5. DAP tak puas hati sebab dasar kerajaan untuk jawatan MB adalah dari kalangan Melayu dan Islam. HEhe.


    SNA: Hehe. Sekarang DAP, PAS dan PKR sudah menjadi kerajaan di 5 negeri. Siapa pula yang tidak puas hati??

  6. SNA: Bagaimana pula dengan kenyataan Lim Guan Eng yang tidak mahu meneruskan DEB di Pulau Pinang?

    sebab DEB bukan tolong melayu sepenuhnya…tapi tolong org2 kroni jer…………

    SNA: Oh, cmtu ek?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s