LIM GUAN ENG TOLAK DEB

Hari ini, secara rasminya Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Guan Eng mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas di kediaman rasminya di Seri Mutiara di sini.

SNA ucapkan tahniah di atas kejayaan beliau memegang jawatan itu. Ini mungkin hadiah buat beliau setelah 2 penggal tidak dibenarkan bertanding dalam pilihanraya.

Biasalah, orang kalau dapat jawatan, pasti macam-macam yang ingin dilaksanakan. Azam dan semangat baru.

Apatah lagi DAP sudah lama damba untuk menjadi kerajaan di Pulau Pinang.

Begitu banyak sekali perubahan yang ingin dibawa oleh Guan Eng di Pulau Pinang ini. Ada juga yang seronok didengar dan ada juga yang tidak.

SNA disini bukan mahu meniup sebarang sentimen perkauman atau melahirkan suara prejudis.

Ini sekadar penilaian asas dan tohor SNA sebagai rakyat Malaysia yang merdeka.

Baik.

Kita lihat apa bentuk kenyataan  Lim Guan Eng sempena hari pertamanya sebagai Ketua Menteri.

Guan Eng khabarnya mahu mewujudkan sebuah kerajaan negeri yang bebas daripada DEB.

Katanya ini penting bagi mewujudkan kerajaan yang telus dan bersih kerana DEB menjadi punca kepada masalah kronisme, rasuah dan tidak efisien.

Apa rasional menolak DEB?

kata beliau “Nasib semua bangsa dan untung nasib mereka adalah sama.

Saya tidak mahu cakap tentang nasib golongan itu atau golongan ini kerana nasib kita semua adalah sama dan hala tuju kita juga adalah sama.”

SNA kurang pasti apakah tepat untuk menggambar kan nasib dan untung kita sebagai SAMA.

Siapa kita pada pandangan Guan Eng??

Semua orang tahu yang Melayu masih jauh ketinggalan. Ekonomi mahupun pendidikan.Tidak perlu aku senaraikan figura-figura yang menyakitkan untuk tatapan semua.

Tentang ekuiti, tentang penguasaan ekonomi, tentang taraf hidup dan pendididkan.

SNA juga hairan bila Guan Eng kata halatuju kita SAMA.

Sekali lagi, siapakah kita yang dimaksudkan oleh Guan Eng?

Kalau BA, SNA kurang pasti kalau halatuju sama tapi masih bergelut mempertahankan kerusi MB di Perak dan Selangor.

Kalau kita itu adalah Melayu, Cina dan India.

Apakah kita tidak boleh memegang dan berpandukan hala tuju yang sama hanya kerana DEB?

Apakah akan terbantut segala kemajuan Pulau Pinang sekiranya DEB diteruskan? Sedangkan kita tahu Pulau Pinang adalah antara negeri termaju di Malaysia.

Dan apakah juga nasib kaum-kaum lain tidak akan terjaga atau untung nasib mereka berubah dan jatuh kalau DEB dilaksanakan?

Sedangkan sepanjang pelaksananaan DEB, kaum-kaum lain masih maju dan berkembang.

Malah yang jauh ketinggalan adalah orang Melayu juga. Walau sudah diperkenalkan lama tahap Melayu dengan kaum-kaum lain masih jauh.

Apakah nasib orang Melayu Pulau Pinang nanti??

Oh, biaralah mereka yang memilih kerajaan.

Mungkin SNA saja yang tidak sedar orang Melayu di Pulau Pinang sudah kaya raya.

Taraf hidup mereka sudah SAMA dengan kaum-kaum lain.

Mungkin itu yang dimaksudkan Guan Eng. SNA saja tidak faham.

Kalau begitu. Baguslah. SNA tumpang gembira.

One thought on “LIM GUAN ENG TOLAK DEB

  1. padan muka melayu pulau pinang dan seluruhnya…..tu kalau buat kerja tak ingat pesan orang tua….

    SNA: Bukan tak ingat, tapi tak nak ikut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s