KABINET DIJANGKA LEBIH KECIL

Kita tinggalakan isu tentang siapa bakal menjadi menteri besar di Terengganu dan Perlis.

Aku dah malas nak cerita. Ingatkan Perak saja yang menjadi isu. Rupa-rupanya mereka juga ada masalah yang sama. Harap-harap cepatlah masalah itu selesai sementelah dah lebih semiggu ni PRU-12 melabuhkan tirai.

Kita fokuskan perhatian kita pada isu tentang siapa yang bakal menjadi menteri pada musim kali ini. Memandangkan kebanyakan orang-orang kuat dan orang lama sudah pun berkubur kariernya kerana tidak mendapat sokongan lagi maka kali ini kita bakal menyaksikan muka-muka baru menghiasi kabinet menteri.

Tidak ada lagi wajah Samy dengan isu lebuhraya dan tol. Tidak ada lagi wajah Rafidah dengan isu AP, tidak ada lagi wajah Shahrizat dengan isu OKU, dan tidak ada lagi Chua Soi Lek dengan isu DVD seksnya..

Kini semuanya bakal bertukar warna.

Sama ada pertukaran yang lebih baik ataupun tidak. Aku kurang pasti.

Ini adalah warna-warna baru buat kabinet Malaysia:

Khabarnya banyak kementerian yang akan digabungkan.

Kalau dulu 31 kementerian sekarang mungkin hanya 28 kementerian.

Baguslah, banyak-banyak kementerian pun, akan timbulkan masalah saja. Lagi sikit lagi senang nak pantau. Tak lah Pak Lah letih sangat.

Lagipun muka-muka baru yang dijangka menjawat jawatan menteri juga antara mereka yang pernah menjadi timbalan menteri.

Kita pun mahu mereka yang boleh buat kerja sahaja.

Mereka punya banyak pengalaman.

Aku harapkan akan lebih efisien lagi pentadbiran kerajaan kita. Moga tidak ada lagi birokrasi dan masalah integriti.

Aku yakin suara rakyat sudah didengari. Yakinkan kami dengan perubahan yang lebih baik.

P/S: kalau mahu tahu dengan lebih lanjut. Baca di sini. Aku malas nak cerita. Tengah ada banyak kerja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s